Sunday, 20 January 2013

Sahabat vs Kawan

Assalamualaikum. Ehem-ehem-ehem... *tekak sakit maa... hehe* Post kali ni pasal 'Sahabat vs Kawan'. Adakah sahabat itu bermusuhan dengan kawan? Eh, tak-tak-tak... Hehe... Dira cuma nak buat perbandingan di antara sahabat dengan kawan. Tudia, bahasa Melayu Dira... Baik punya~~ *sori terambil trademark Dafi AF*
Bagi Dira, sahabat dan kawan mempunyai maksud yang berlainan. Sahabat bagi Dira maksudnya, seseorang yang selalu bersama-sama kita tatkala susah dan senang dan dia memahami perasaan kita. Maksudnya, dia tahu bila kita sedih, bila kita happy. Dan sahabat pun, pada Dira, selalu buatkan hidup kita gembira dan happy. Itulah definisi sahabat pada Dira.... *Emm, agak-agak perenggan ni dapat berapa markah?* :P
Kawan pulak maksudnya hampir sama dengan sahabat, tapi kawan boleh terbahagi kepada beberapa kumpulan. Contohnya, kawan karib, kawan rapat, kawan makan kawan, kawan tikam belakang, dan macam-macam lagilah kumpulan kawan yang Dira tak larat nak mention dah kat sini.. Hehehe. Bukan Dira anggap kawan tu macam entah apa-apa, tapi kawan kadang-kadang ada masa kita happy aje. Betul tak? Huhu... Waktu kita susah, tak ramai yang bantu kita. Jadi Dira klasifikasikan, kawan berlainan dengan sahabat.
Dira teringat satu ayat ni. 'Sahabat sudah semestinya kawan, tapi kawan tak semestinya sahabat'. Kira macam tulah ayatnya. Hehe. Kat UiTM ni, Dira ada dua orang sahabat. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Diana dan Najib?

-Kitorang baru lepas main boling ;)-
Diorang selalu ada di sisi Dira, buat Dira gembira bila Dira sedih, bantu Dira bila Dira perlukan bantuan, selalu bagi semangat kat Dira. Serius, Dira sayang sangat kat diorang. Jadi, Dira memang tak suka tengok diorang gaduh-gaduh. Kalau gaduh-gaduh manja tu, boleh.. Hehehe.. Diana and Najib, you guys are very sweet friend to me... I love you guys.! ;)
Semoga persahabatan Dira-Diana-Najib kekal sampai bila-bila.... Amiinn~~

2 comments:

  1. tersengeh pulak aq bca blog hang.. hahaha awat najib nmpk ensem dlm pic eh? jelez!

    ReplyDelete

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira