Wednesday 19 December 2012

Rindu Abang Bosco

Assalamualaikum.. Hari ni, Dira nak story-morry pasal seseorang.. Bukan yang special tau, tapi Dira pernah admire dia masa sekolah dulu.. Well, biasalah kalau junior admire kat senior kan? Dia ni senior Dira masa kat sekolah dulu... Dira start admire dia masa Form 4 and dia pulak of course laa Form 5 kan? Takkan Form 6 pulak kot sebab kat sekolah Dira tak ada Form 6. Dira minat kat dia sebab perwatakan dia. Dulu, dia pengawas kat sekolah Dira.. (Dah pencen laa kiranya.. Hehehe...) Muka dia, iras-iras Bosco Wong, aktor Hong Kong yang Dira minat gila..
Mula-mula, Dira tak perasan pun muka dia macam Bosco Wong, tapi lepas kawan Dira bagitahu kat Dira, baru Dira perasan. Dan start daripada hari tu lah, Dira gelarkan dia, Abang Bosco.. Hehe... Nama sebenarnya, tak bolehlah Dira bagitahu kat sini, tapi cuma boleh bagitahu nama dia start dengan huruf S. Dira dah lama tak nampak dia.. Dulu ada myspace dia, tapi bila Dira check balik, dia dah tak ada dalam friendlist Dira... Maybe dia dah deactive laman sosial dia kot... Dira ingat lagi, waktu kat sekolah, dia pernahlah jugak panggil nama Dira dengan manjanya... Ya Allah! Rasa macam nak cubit-cubit aje dia tu.... Hehehe.. Tapi, Dira still selamba walaupun dalam hati, berdebarnya....!!!! Dira paling tak tahan bila tengok mata dia... Kadang-kadang bila ter-renung mata dia, rasa macam dah jatuh cinta... Hohoho...
Dia memang nampak sama dengan Bosco Wong.. Bukan sebijik, bukan dua bijik, tapi berbijik-bijik... Eh, tak-tak-tak... Gurau jer... Hehehe... Mata dia, especially bila dia pakai spec, memang nampak lagi handsome.. Kulit dia pulak, hitam manis... Almaklumlah.. aktif masa sekolah kan.. Dira selalulah jugak perhatikan dia bila dia meronda kawasan sekolah (tanggungjawab sebagai pengawas sekolah kan...) Bila terserempak dengan dia, automatik Dira akan cuba tahan senyum, tak nak dia syak apa-apa.
Dia pulak, macam tau-tau aje Dira admire kat dia... Tiap kali terserempak masa dia tengah berjalan dengan kawan-kawan dia or dia tengah meronda, mesti dia panggil nama penuh Dira... Aduiyai, membahang rasanya muka Dira bila dia panggil Dira dengan manjanya.. Kawan-kawan Dira yang tahu Dira minat dia pun apalagi, mengusik ajelah kerjanya..
Hm, harap-harap, satu hari nanti, Dira dapat jumpa dengan Abang Bosco ni.. Bukan apa, nak teruskan berkawan dengan dia... Masa sekolah dulu, tak sempat nak berkawan, apa salahnya kalau jumpa pada masa depan boleh berkawan dengan dia... Siapa tahu, kan?
Okeylah, sampai sini dulu bebelan Dira... Mesti boring kan dengar eh, baca cerita Dira kali ni... Hehehe....

Friday 14 December 2012

Spongebob Sayang Patrick...


Spongebob sayang Patrick,
tapi Patrick sayang Spongebob ke?

Spongebob rindu Patrick,
tapi Patrick rindu Spongebob ke?

Spongebob selalu teringatkan Patrick,
tapi pernah ke Patrick ingat Spongebob?

Spongebob menangis bila teringat Patrick,
tapi Patrick menangis untuk Spongebob ke?

Ada perkara yang Patrick perlu tahu pasal Spongebob :-

a) Walaupun Patrick tak sayangkan Spongebob, Spongebob tetap sayangkan Patrick..
b) Walaupun Patrick lupakan Spongebob, Spongebob selalu teringat kat Patrick..
c) Walaupun Patrick tinggalkan Spongebob, sekalipun Spongebob takkan berganjak tinggalkan Patrick..
d) Walaupun Patrick buang Spongebob, Patrick tetap sahabat baik Spongebob..


Kenapa Spongebob sanggup jadi bodoh kerana Patrick???
.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana Spongebob Sangat SAYANGkan Patrick...

Monday 10 December 2012

Kelas

Assalamualaikum.. Hehe, sempat lagi Dira tulis blog walaupun kelas mula pukul 10 nanti... Dah seminggu Dira tak post something kan kat sini. Hari ni, Dira nak cerita pasal jadual kelas Dira yang memang agak membebankan terutamanya hari Isnin... Bukan nak merungut, tapi bukankah elok diteruskan dengan jadual yang lama tu? Hari Isnin biar ada satu kelas aje, tu pun start pukul 6 petang sampai 8 malam... Tak apalah, lama-lama nanti, Dira akan biasa... :)
Nampak macam tak pack sangat kan? Hehe... ;)
Okeylah.. Dira pun dah tak tahu nak komen apa lagi pasal kelas.. Redha ajelah kan, nak buat macam mana... Malam esok, Dira akan ada interview session kat HEP untuk jadi Sekretariat Mahasiswa Fakulti.. Wish me luck ok? ;)

Saturday 1 December 2012

Sekian Lama

Assalamualaikum.. Ehem-ehem (dah masuk semester baru ni dah batuk-batuk pulak..) Alhamdulillah, Dira dah selamat sampai kat UiTM Kedah tepat jam 8.30 p.m tadi. Dah lama tak jenguk bilik asrama, hari ni, kakiku melangkah masuk ke dalam bilik yang penuh memori indah+gembira...
Mulai esok (2 Disember 2012), Dira akan start belajar untuk semester 4. Alhamdulillah... Kelas pukul 8 pagi..!!! Wah, kena laa semangat sikit kan? In Shaa Allah, lagi 2 semester lagi Dira akan tamatkan pengajian diploma dalam bidang perakaunan ni....
Kali ni, Dira rasa lain macam punya perasaan... Kenapa? Sebab tahun depan Dira dah masuk umur 20-an.! Belajar masa umur awal 20-an rasa macam dalam novel pulak... Ngee~ Bila? Hehe, check ajelah kat FB Dira.. Kat situ diberitahu bila Dira akan menginjak umur dewasa. So, Dira nak kena enjoy masa akhir remaja yang hampir tamat ni. Hehehe... :)
Semoga kali ni, Dira akan lebih bersemangat, tak ada lagi rasa putus asa or kecewa or sedih-sedih.... :))
Sampai sini dulu ya bebelan Dira... dah mengantuk pulak sebab penat kemas-kemas barang tadi... hehehe...^-^

Sunday 25 November 2012

Perit......

Assalamualaikum.. Hari ni, Dira nak ceritakan sesuatu. Tadi, Dira ada baca satu buku, tajuknya pasal jangan hampiri zina... Dira tersentap bila baca..bukan sebab apa... Dira pun manusia biasa, tak pernah lepas dari buat dosa... Salah satunya, bercinta sebelum nikah.. Cinta memang fitrah manusia, tapi bercinta secara Islam ialah bercinta selepas bernikah...
Ya Allah, ampunilah aku.....
Dira dah buat keputusan, dah berazam, yang Dira tak nak lagi bercinta selagi belum bernikah, apatah lagi mencintai seseorang yang belum tentu lagi jodoh Dira... ya Allah, semoga Kau menerima taubatku.....
To 'capital A',
Awak, saya mintak maaf.. Bukan senang saya nak buat keputusan ni, tapi untuk kebaikan kita bersama, lebih baik kita kekal jadi kawan... Awak tetap sahabat saya, dunia akhirat..... Pasti awak akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada saya...
Biarlah Allah yang tentukan semuanya... Jika kita ada jodoh......
Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya....
Bertemu kerana Allah, berpisah juga biarlah kerana Allah..... :')

Saturday 24 November 2012

Pura-Pura

Assalamualaikum.. Sorry sangat-sangat sebab Dira dah lama tak update blog.. Bukan sengaja, tapi Dira memang tak ada cerita menarik yang nak diceritakan. Banyak masalah yang Dira hadapi, Dira lebih suka pendam sorang-sorang.. Even bff Dira, Diana dengan Najib pun tak tahu masalah Dira.. (Shh... Jangan bagitau diorang tau... hehehe..)
Bukan Dira tak nak cerita masalah Dira kat diorang, or sesiapa yang Dira percaya. Tapi masalah ni, memang kecik sangat-sangat tapi boleh buat hati Dira sedih sangat... Kenapa?
Dira rindu A!!!!!!!!! Bukan Dira tak nak contact dia, tapi tak naklah kacau dia... Nanti dia rimas dengan Dira. Sekarang ni, Dira cuba buat-buat sibukkan diri, sebab tak nak selalu rindukan dia.. Bila tak ada apa-apa yang Dira nak buat, Dira tengok cerita Merlin....dengan harapan, Dira boleh lupakan dia sekejap... Tapi, Dira memang tak boleh lupakan dia... Rindu sangat-sangat..... :'( Sepi handphone Dira bila dah lama tak mesej-mesej dengan dia.....

Saturday 17 November 2012

Merlin Season 5

Assalamualaikum.. Hari ni Dira nak cerita pasal Merlin.. Sejak bila Dira suka tengok Merlin ni? Hehe, Dira minat Cerita Merlin sejak season 1 lagi. Setia tengok cerita Merlin tu sampai season 5 ni. Sebab apa? Sebab Merlin tu CUTE sangat-sangat!!! Tak percaya? Meh tengok gambar dia :
Ha, comel kan? hehehe... :)
Season 5 ni lagi banyak magik yang Merlin guna untuk selamatkan Raja Arthur daripada musuh. Suka sangat Dira tengok Merlin ni. Banyak scene yang kelakar antara Merlin dan Arthur. Tu yang seronok nak tengok tu... Hehe... Tapi, Dira mungkin tak dapat tengok sampai habis kot sebab nak kena balik UiTM dah tak lama lagi.. Tapi, Dira akan tetap download cerita ni, so, bila-bila masa boleh tengok Merlin yang cute-miut ni... :)
...Colin Morgan as Merlin...
...Bradley James as King Arthur...
Merlin Season 5

Friday 9 November 2012

My Exam Result

Assalamualaikum.. Hye, guys. Hari ni Dira nak story morry pasal result exam Dira. Nak kata frust, adalah jugak.. Tapi, ni dah rezeki bahagian Dira. So, Dira terima aje. Yang penting, NO REPEAT SUBJECT!!! hehehe.... Alhamdulillah...
Dira macam tak percaya, semua subjek Dira dapat gred B. Sebelum ni ada gred C, tapi sem ni, kira ada kemajuan laa sikit. Semua dapat gred B, tak ada gred C. Yang dapat A tu subjek Kesatria. Hehe...
Insyaallah, mana laa tau sem depan Dira dapat semua subjek gred A ke.. Aamiinn..... :)
Thanks a lot to my dear lecturers :-
FAR 200 : Miss Maisarah
BEL 311 : Miss Fatin
CTU 231 : Ustazah Hidayah
LAW 240 : Miss Laila
MAF 220 : Mdm Jurina
MGT 162 : Mdm Zuraida
and not forget, my dear classmates... Sebab tanpa korang sedar, korang banyak tolong Dira.. Kepada yang dekan, tahniah dan terus istiqamah.. Yang tak dapat dean list macam Dira ni, teruskan usaha.. Ada masa lagi, kan?? Chaiyok! Chaiyok!
My Exam Result... Better than before... Alhamdulillah

Tuesday 30 October 2012

Latihan Drama 'Adik Sakit Perut'

Assalamualaikum... Dira dapat upload video ni aje kat blog ni. Persembahan kitorang tak dapat diupload sebab masalah teknikal... harap maklum..
Sorry ek, kalau kualiti tak bagus... ni aje yang Dira boleh upload... Huhu..

Sunday 28 October 2012

Miss Him

Assalamualaikum.. Hari ni, Dira betul-betul tak ada mood. Kenapa? Sebab Dira rindukan seseorang. Seseorang yang sangat Dira sayang. My beloved 'capital A'.
Dira tak tahu, kenapa Dira perlu rasa rindu macam ni. Baru kelmarin Dira dengan dia chatting kat Facebook. Kadang-kadang, terlintas kat fikiran Dira, dia dah boring ke dengan Dira..? :( (macam-macam Dira fikir)

Tapi, Dira cuba fikir positif. Maybe dia sibuk.. Well, he needs a time with his family & friends right? Dira rasa rindu kat dia sangat-sangat... Macam ni ke rasanya bila cintakan seseorang? Dulu, Dira ada suka kat seorang senior, tapi bila rindu, tak ada pulak sampai menangis....
Betul ke Dira menangis sebab terlalu rindukan 'capital A'? Hati ni tiba-tiba rasa sebak bila teringat kat dia. Dira tak pernah rasa macam ni.... Nak mesej dia, takut kacau dia pulak... Yelah, Dira selalu sangat mesej dia.. Risau kalau kacau dia...
For my dear,
Take good care of yourself. I will always love you. And I will always happy for you.... :')
That's true... :'(

Saturday 27 October 2012

Bosco Wong ♡

Assalamualaikum.. Hei, siapa pulak Bosco Wong ni? Hehe, Dia pelakon Hong Kong. Dira start minat dia lepas tengok dia berlakon cerita Wars Of In Laws.. As a hero, he was so handsome....and damn cute! Auww! Dira sukee......  -
Selain dia, Dira minat beberapa lagi aktor Hong Kong.. Macam Kevin Cheng, Roger Kwok, Eric Li & Derek Kwok & Bowie Lam. Diorang berlakon memang best!!! Tak jemu Dira tengok.. Tambah-tambah Bosco Wong..
Sekarang ni, Dira suka layan cerita 'Every Move You Make' kat channel 8TV pukul 7 malam. Sebab apa? Ada Bosco Wong!! Hehe.. Adik Dira dah bising. Dia kata, "patutlah nak tengok...." Hehe, faham-faham aje laa dengan kakak ekau sorang ni, cik Wawa oit... Tapi, cerita tu pun dah nak tamat dah... Huhu... Will gonna miss Bosco Wong..
Bosco Wong memang handsome, tapi, dalam hati Dira ada seorang aje... Will always love 'capital A'.... 
Kat sini, ada sikit biodata Bosco Wong :-


  • Name: é»ƒå®—澤 (黄宗泽) / Wong Chung Chak (Huang Zong Ze)
  • English name: Bosco Wong
  • Also known as: Ah Co / Ah Fei
  • Profession: Actor and singer
  • Birthdate: 1980-Dec-13
  • Birthplace: Hong Kong
  • Height: 180cm
  • Weight: 72kg
  • Star sign: Sagittarius
  • Chinese zodiac: Monkey
  • Blood type: AB

Credit to : Bosco Wong
Bosco Wong nampak handsome dalam suit ni... :)
Tolong laa.. Tergugat iman tengok style & senyuman dia macam ni...hehe <3
Bosco WonG ! <3
Bosco Wong makin handsome... ;)
Handsome tak?? Hehe, sorry! Dira dah booking dia dulu... :P

Friday 26 October 2012

Budak-budak Yang Comel

Assalamualaikum.. Hye semua! Kali ni Dira nak cerita sikit pasal budak-budak yang comel-comel belaka. Hehe, budak mana pulak cik Dira nak cerita kali ni ek? Ha, budak-budak ni semua anak-anak cousin Dira. Hehe... Comel-comel semuanya...
Semua anak-anak cousin Dira ni comel, macam Dira jugak.. Cewah, perasan lebih... ngeee~
Bukan selalu boleh jumpa depa, pasai depa duk kat KL. Amboi, untung laa orang KL kan...
-Nur Aina Syadiyah-
-Izzan Danish-
-Nur Liyana Izzati-
-Muhammad Ameen Shahmi-
-Khaira Irrenia-
-Muhammad Ammar Faris-
-Khairene-


Ha, comel-comel kan semua nya? Hehe... Macam-macam kerenah.. Ada yang suka merajuk, ada yang suka didukung, ada yang tak mau kat orang, dan banyak lagi kerenah depa..
Mak long Dira love you all very much... Sayang hangpa semua... Muahhxx!!
Eh, Dira stop kat sini dululah ye... Citer Bosco Wong dah start... :)

Salam Aidiladha

Assalamualaikum.. Sempena hari mulia ini, Dira nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri adha kepada semua umat Islam di Malaysia. Dah lama Dira tak tengok lembu dikorbankan. Dapat daging tu nanti, tau laa Dira nak buat apa. Hehe... Masak rendang pun sedap... Yummy!!!

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA..!!

-Ikhlas daripada Dira & family-

Thursday 25 October 2012

Rindu Tom Yam

Assalamualaikum.. Hye, semua! Nie apa kes Dira duk rindu kat tom yam ni? Sejak bila cheq jadi hantu tom yam?? Hehe... BFF Dira, Diana yang ajar Dira makan tom yam. Sedap wooo.... Tiap kali makan kat kedai makan kat bawah UiTM tu, mesti order tom yam campur. Ala, Dira tak kisah pun makan tom yam campur ke, tom yam ayam ke, kalau ada tom yam arnab pun cik Dira ni boleh makan... Hehehe, gurau jer...
Abang yang selalu ambik order tu pun da tau kitorang nak makan apa. Kalau dah nampak muka tiga orang kat kedai makan tu, apa lagi?? Nak melantak tom yam la tuu... ngeh-ngeh-ngeh...
Hurm, da lama Dira tak makan tom yam.... Rindu pulak nak makan. Dira tak pandai tau nak cari kedai tom yam yang sedap punya... Nak masak, Dira bukannya pandai sangat..... Huhu... *Apa laa budak sorang ni!!! Tibai satgi kot!!! Hehe*
Hai, meleleh ayaq liuq tengok ini tom yam... ngeee~

Ha, nie resepi tom yam campur :-
Bahan-Bahan:
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis 500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
4 tbs Pes tomyam – nak pedas sila tambah
Cara:
Masukkan air rebusan / air kelapa  ke dalam periuk. Biarkan seketika.
Masukkan bawang besar,bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.
Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis.
Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Credit to : Kongsi Resepi

Drama 'Adik Sakit Perut'

Assalamualaikum... Hye, dear friends... Ni drama mana pulak Dira nak cerita pulak kali ni kan? hehe.... Drama ni, Dira & kawan-kawan sekelas yang berlakon untuk Dinner SISDA. Memang nak tergelak laa bila tengok balik... Hehe...

Production : KAC 110 1D
Director : David Teh o'
Skrip : *sori, Dira tak tahu siapa penulis skrip sebab masa tu Dira memang tak tau apa- apa... hehehe...*
Pelakon :-
Anish : adik
Nazila : nenek
Hafiz : tok wan
Meena : kak ngah
Fatin : bibik
Najib : daddy
Ika : ibu
Dira : kak long
Habib : abang ngah
Tapai : abang long
Faris : david teh o'

*I'm very2 sorry pasal video tak boleh diupload.. Entah ape kehalnya dengan uploder ni pun tak tau... hehe..*

Selamat Tinggal Ameen Shahmi

Assalamualaikum.. Hye, semua!! Rindu Dira? Auw, thanks... Ceh, perasan yang amat!!!! Hehehe.... Ehem-ehem!!! Siapa Ameen Shahmi? Adakah dia buah hati kesayangan Dira? Ha, dia memang buah hati kesayangan Dira, dan of course laa buah hati kesayangan family dia kan? Huhu...
Pada 13 Oktober 2012, mak Dira telefon Dira.. Cakap yang Ameen dah meninggal... Ya Allah!!! Terkejut Dira bila dengar berita tu. Tak sangka! Dira ada jugak mimpi pasal Ameen beberapa hari sebelum dia meninggal, tapi Dira tak ingat Dira mimpi pasal apa.
Kesian Ameen.... Dira terkilan jugak laa sebab tak dapat tengok arwah buat kali terakhir. Masa tu, Dira tengah dalam zon masa peperiksaan, so tak dapatlah cheq pi jumpa Ameen kat KL.
Arwah Ameen meninggal sebab kekurangan air dalam badan yang teruk. Lagi laa Dira sedih. Masa tengah study tu, boleh pulak air mata Dira keluar sebab teringatkan arwah.. Kalau nak tahu, Ameen laa baby yang first sekali sudi tidur atas riba Dira. Memang Dira pernah main dengan baby yang lain, tapi semua nak suruh dukung aje.. Tak ada pun yang sudi nak tidur atas riba Dira. Mungkin sebab Ameen ingat lengan Dira ni bantal dia kot... Hehehe....
Ameen, semoga Ameen tenang di sana ya? Syurga tempat yang pasti untuk Ameen... Mak long Dira, Mak ngah wawa & Pak lang Nashrullah sayang Ameen.....
Ala, comel nya!!!
Ameen tengok apa tu.?
Suka hisap jari ek?
Lenanya dia tidoq..sampai tak sedaq orang hingaq tepi dia... hehehe...

Al-Fatihah untuk arwah Ameen.......

Wednesday 24 October 2012

Sekretariat Rukun Negara (SRN)

Assalamualaikum.. Hye, friends!! Today, I would like to (Dok speaking orang putih, macam laa terror sangat.. hehe) *Sekadar intro.. Jangan marah... :)
Apa itu Sekretariat Rukun Negara a.k.a SRN??? Kenapa Dira tiba-tiba cakap pasal rukun negara pulak ni? Hehe... Dira nak bawak korang semua imbas balik macam mana Dira boleh join SRN nie...
Pada ketika itu...... (kabus masa buatan encik Doraemon da keluar... hehe) Dira tak daftar pun sebagai ahli Kelab Rukun Negara (Nama asal SRN) masa diorang bukak booth pendaftaran kat courtyard. Dira start join masa malam Annual General Meeting (AGM) KRN. Kad ahli kelab yang pertama Dira dapat daripada KRN laa... Thanx, KRN-ians sebab terima eden sebagai ahli... hehe....
Habis aje AGM tu, MC majlis (Kak Sue & Az) ada cakap siapa yang nak jadi ajk & exco KRN, sila ke depan dewan.. Hehe, Dira & Nora terus pergi depan. Volunteer tau nak jadi AJK... (Cewah)
Dah elok-elok jadi AJK, boleh pulak kad ahli KRN tu hilang.. Bukan sengaja, tapi waktu tu Dira betul-betul tak sedar bila kad tu hilang sebab demam panas. Sampai aje kat bilik, baru sedar kad tu dah hilang.... Hehehe.. Tak pasal-pasal aje kan?? Tulah, cuai sangat cik Dira nie....
Lepas satu semester jadi AJK, Dira naik pangkat sikit jadi Exco Protokol & Perhubungan. Kira okey laa tu... Semua aktiviti KRN ni, Dira join.. Bila dah join & pegang jawatan dalam kelab ni, Dira rasa macam tak boleh kalau tak join aktiviti dia.. Tapi ikut kesesuaian karakter Dira laa... Entah kenapa rasa macam tu.. Maybe sebab ada rasa tanggungjawab kot....
Harapan Dira, semoga KRN oppss!! silap! SRN jadi kelab yang paling best di UiTM Kedah.. Amiinn~
FB SRN UiTM Kedah : Sekretariat Rukun Negara
Blog SRN UiTM Kedah : Zon Bebas Soal (Kelab Rukun Negara)
Presiden & Mantan Presiden KRN, Juju (left) & Abang Kamarul
Hehe, Ni bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk... Tapi, sekadar berkongsi...
Kad ahli KRN.. Yang ni ganti untuk kad yang hilang tu... Ngee~
Dearest Family KRN UiTM KEdah... Love you alls... <3
Psstt! Cuba teka mana satu cik Dira... Hehe...

KAC 110 Group D

Assalamualaikum.. Hye semua! Post kali ni lebih kepada kawan-kawan sekelas.. Diorang memang terbaeek!!!! Bak kata Boboi Boy kan? Ceh, macam laa aku layan kartun tu. Dah berapa lama tak tengok tv, cik Dira???? Hehehe....
Dah..dah... melalut sampai ke boboi boy nie apehal pulak kan? Ngee~
Classmates aku memang yang paling best yang pernah aku jumpa. Walaupun ada dua tiga orang yang keluar dari group ni, walaupun ada yang keluar dari UiTM, tapi hangpa semua tetap di hati kami... Ecececeh..... Tapi, betul tau...!!! ;)
Dari semester satu sampailah ke semester tiga ni, dah banyak sangat kenangan-kenangan yang kita cipta, pengalaman yang kita lalui bersama, gelak tawa kita bersama.... Takkan Dira lupa sampai bila-bila... :)
To my BFF, Diana & Najib, memang seronok kawan dengan hangpa dua orang... Hangpa dua orang memang kawan yang terbaik... ;) Thanx, friends...
Buat yang lain, (Sori Dira tak boleh tulis nama kat sini, takut ada yang tertinggal... Tapi tak pernah lupa untuk Anish & Ridzuan) semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila... Amiinn~
Our beloved class rep, Diana :)
KAC 110 group D's boys
(from left : Najib, Tok wan, Teo & Soley)
alahai, cutenya Bell & Anish nie... :)
My BFF, Diana & pak cik Najib ;)
Haum!!! Kami ngap sapa-sapa yang kacau kami.. hehehe...
budak kecik, si Ridzuan...
...Anish...
Do always love group D <3

UiTM Kedah

Assalamualaikum. Hari ni Dira nak cerita pasal UiTM tempat Dira menuntut ilmu sekarang. Alhamdulillah, Dira baru tamat pengajian............untuk semester tiga.. Hehe, belum habis lagi maa... Rilek lu....
Dira ada lagi balance tiga semester lagi untuk habiskan diploma. Cepat laa abis diploma ni... hehehe...
Sepanjang tiga semester Dira duduk kat UiTM Kedah ni, so far so good.. Roommates semua baik-baik belaka.. Classmates pun best-best semuanya.. Hehehe....
Kat sini jugak, Dira belajar banyak perkara, Dira jadi aktif. Semuanya beza sangat daripada zaman sekolah. Mungkin, kat sini, Dira jadi lebih matang... Lebih tahu makna persahabatan yang sebenarnya....cewah... Berfalsafah pulak dah...
Gate Utama UiTM Kedah :)
Bangunan hal ehwal akademik (HEA)
UiTM Di Hatiku... <3

Nak dengar lagu UiTM?? Klik link kat bawah :

Friday 19 October 2012

Final Exam October 2012

Assalamualaikum. Hye semua... I'm back.. Hehe.. Dira nak mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang pernah follow blog lama Dira.  Sebabnya, blog tu masalah sikit. Bila dah delete blog tu, baru kawan Dira kata boleh repair blog yang rosak tu. Ceh, kalau cheq tau awai-awai, cheq tak delete blog tu... Hehe....
Alhamdulillah, sekarang Dira baru habis final exam. Dira harap sangat Dira dapat dekan untuk semester tiga ni. Bukan Dira tak bersyukur pada Allah sebab Dira lulus last two semester, tapi kalau boleh, Dira nak improve diri ni. Dan Dira nak lawan dengan orang tersayang Dira. Semester lepas dia dekan kot... Mau tak jeles. Tu yang Dira kena pulun untuk semester ni, nak lawan dengan dia.. Hehehe... Buktikan jugak, budak akauntan boleh lawan budak engineer.... Ngeee~
Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira