Thursday 25 October 2012

Rindu Tom Yam

Assalamualaikum.. Hye, semua! Nie apa kes Dira duk rindu kat tom yam ni? Sejak bila cheq jadi hantu tom yam?? Hehe... BFF Dira, Diana yang ajar Dira makan tom yam. Sedap wooo.... Tiap kali makan kat kedai makan kat bawah UiTM tu, mesti order tom yam campur. Ala, Dira tak kisah pun makan tom yam campur ke, tom yam ayam ke, kalau ada tom yam arnab pun cik Dira ni boleh makan... Hehehe, gurau jer...
Abang yang selalu ambik order tu pun da tau kitorang nak makan apa. Kalau dah nampak muka tiga orang kat kedai makan tu, apa lagi?? Nak melantak tom yam la tuu... ngeh-ngeh-ngeh...
Hurm, da lama Dira tak makan tom yam.... Rindu pulak nak makan. Dira tak pandai tau nak cari kedai tom yam yang sedap punya... Nak masak, Dira bukannya pandai sangat..... Huhu... *Apa laa budak sorang ni!!! Tibai satgi kot!!! Hehe*
Hai, meleleh ayaq liuq tengok ini tom yam... ngeee~

Ha, nie resepi tom yam campur :-
Bahan-Bahan:
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis 500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
4 tbs Pes tomyam – nak pedas sila tambah
Cara:
Masukkan air rebusan / air kelapa  ke dalam periuk. Biarkan seketika.
Masukkan bawang besar,bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.
Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis.
Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Credit to : Kongsi Resepi

No comments:

Post a Comment

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira