Wednesday 23 January 2013

My Birthday

Assalamualaikum.. Ha, tengok tajuk atas tu... Dah tengok? Baguss... Means that Dira dah tua laa..!!! Huhu... Dah jadi dewasa... Syukur alhamdulillah, Dira masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah... Yelah, kalau nak mati pun, Dira masih belum cukup amalan lagi... Hehehe....
Well, birthday Dira sebenarnya semalam (22 Januari).. 1st person yang wish, is Diana.. Lepas tu Najib.. Wah, korang....!! Terharu gila aku dengan korang.. Aku ingat korang lupa birthday aku.. Tak sangka korang ingat kan? Syukurlah aku dapat sahabat yang baik macam korang... Sayang korang !
Yang buat aku lagi sayang kat korang, korang bagi aku hadiah teddy bear! Auww.... tak tahu nak kata apa, thank you once again.. Hehe...
Comel kan? Ni laa teddy bear hadiah dari Diana-Najib.. Thanks korang... :)
Semalam jugak ada AGM SRN.. Pergh, sama tarikh dengan birthday Dira.. Jadi bangga pulak, sebab Dira suka join SRN punya aktiviti.. Tak adalah aktif sangat, sedang-sedang aje.. Ramai kawan-kawan Dira daripada kalangan family SRN tu, termasuk yang alumni... Nasib baik tak dibaling tepung, sebab diorang semua tak tahu semalam birthday Dira... Ngeh..ngeh..ngeh.... :))

Sunday 20 January 2013

Sahabat vs Kawan

Assalamualaikum. Ehem-ehem-ehem... *tekak sakit maa... hehe* Post kali ni pasal 'Sahabat vs Kawan'. Adakah sahabat itu bermusuhan dengan kawan? Eh, tak-tak-tak... Hehe... Dira cuma nak buat perbandingan di antara sahabat dengan kawan. Tudia, bahasa Melayu Dira... Baik punya~~ *sori terambil trademark Dafi AF*
Bagi Dira, sahabat dan kawan mempunyai maksud yang berlainan. Sahabat bagi Dira maksudnya, seseorang yang selalu bersama-sama kita tatkala susah dan senang dan dia memahami perasaan kita. Maksudnya, dia tahu bila kita sedih, bila kita happy. Dan sahabat pun, pada Dira, selalu buatkan hidup kita gembira dan happy. Itulah definisi sahabat pada Dira.... *Emm, agak-agak perenggan ni dapat berapa markah?* :P
Kawan pulak maksudnya hampir sama dengan sahabat, tapi kawan boleh terbahagi kepada beberapa kumpulan. Contohnya, kawan karib, kawan rapat, kawan makan kawan, kawan tikam belakang, dan macam-macam lagilah kumpulan kawan yang Dira tak larat nak mention dah kat sini.. Hehehe. Bukan Dira anggap kawan tu macam entah apa-apa, tapi kawan kadang-kadang ada masa kita happy aje. Betul tak? Huhu... Waktu kita susah, tak ramai yang bantu kita. Jadi Dira klasifikasikan, kawan berlainan dengan sahabat.
Dira teringat satu ayat ni. 'Sahabat sudah semestinya kawan, tapi kawan tak semestinya sahabat'. Kira macam tulah ayatnya. Hehe. Kat UiTM ni, Dira ada dua orang sahabat. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Diana dan Najib?

-Kitorang baru lepas main boling ;)-
Diorang selalu ada di sisi Dira, buat Dira gembira bila Dira sedih, bantu Dira bila Dira perlukan bantuan, selalu bagi semangat kat Dira. Serius, Dira sayang sangat kat diorang. Jadi, Dira memang tak suka tengok diorang gaduh-gaduh. Kalau gaduh-gaduh manja tu, boleh.. Hehehe.. Diana and Najib, you guys are very sweet friend to me... I love you guys.! ;)
Semoga persahabatan Dira-Diana-Najib kekal sampai bila-bila.... Amiinn~~

Thursday 17 January 2013

Broken Heart

Assalamualaikum.. Sempat lagi Dira main Internet kan? Dah lah nak ada kuiz nanti.. Hehe, semalam dah study dengan Diana, dengan Najib sampai pukul 11. Dira nak sambung study balik sebelum petang ni. Broken heart? Siapa yang tengah kecewa? Tentulah Dira! Hehehe (sahlah Dira dah sewel sebab kecewa pun masih boleh gelak-gelak XD)
Entahlah, memang hati Dira kecewa, tapi tak tahu kenapa Dira tak boleh menangis. Kalau nak menangis pun air mata tak nak keluar. Mungkin dah banyak sangat air mata Dira keluar kot, sebab tu dah kering air mata ni - hahaha... merepek lagi ! XD
Atau mungkin jugak sebab Dira dah terlalu biasa dikecewakan... Sebab tu susah nak menangis dah sekarang ni. Even dengar lagu sedih pun tak boleh jugak keluar air mata! Aiyoyoyo.... Apa-apa pun, Dira tak pernah salahkan 'capital A' kesayangan Dira tu. Dia ada hak untuk pilih siapa, dia ada hak untuk cintakan sesiapa pun.. Walaupun Dira cuba untuk ambil hati dia, tapi kalau hati dia tak ada untuk Dira, tak ada apa yang Dira boleh buat.
Dira cuma harap, dia bahagia dengan pilihan dia. Dan Dira harap jugak, dia maafkan segala kesalahan Dira pada dia selama Dira jadi kawan dia... Dira ikhlas lepaskan dia pergi cari kebahagiaan dia sendiri... A last word for you, I'm happy if you happy :)
Selamat tinggal, dear 'capital A'......

Saturday 12 January 2013

Rindu Ayah

Assalamualaikum.. Hari ni Dira tiba-tiba rindukan arwah ayah Dira.. Dah 3 tahun 2 bulan arwah ayah meninggalkan Dira dan family.. Arwah meninggal sebab sakit jantung.. Dira sedih sangat sebab Dira tak sempat nak balas jasa arwah ayah...
miss my ayah...
Dira banyak buat dosa dengan arwah ayah Dira.. Sebelum arwah meninggal, Dira ada bergaduh dengan arwah... Bermasam muka sampai tak bertegur langsung... Tak sempat Dira nak mintak maaf, Dira dapat berita kematian arwah.. Sedih tu, hanya Allah yang tahu..
Masa tu, Dira tengah ada kat sekolah.. Hujan turun lebat sangat tengah hari tu.. Orang kata, kalau hujan lebat turun waktu tengah hari, akan ada orang baik yang meninggal... Entahlah, Dira pun tak sure..
Dira terkejut sangat bila cikgu Dira bagitahu yang ayah Dira dah meninggal.. Menangis-nangis Dira, Dira menangis sepuas-puas hati, sampailah kat hospital.. Lemah lutut Dira bila tengok mayat arwah.. Kaku... Dira tak pernah sangka akan tengok arwah dalam keadaan macam tu.. Tapi, mati tu sudah pasti untuk setiap yang bernyawa...
Dira cuba jadi kuat, untuk family Dira.. Bohonglah kalau Dira cakap Dira tak pernah teringat kat arwah.. Kadang-kadang, bila Dira tengok budak-budak kecil dok main-main dengan ayah diorang, mesti Dira teringat kat arwah...
Nasihat Dira untuk kawan-kawan yang masih ada ayah dan ibu, hargai lah parents kita sebelum mereka tutup mata... Bila mereka dah tak ada, barulah kita akan menghargai kehadiran mereka dan masa tu, nak menangis air mata darah pun tak guna... Jangan jadi macam Dira, okey? Dira cuma harapkan, segala amal yang Dira lakukan diterima oleh Allah dan sebagai salah satu cara untuk Dira tebus kesalahan Dira pada arwah ayah Dira...
Eh, sudah dulu ya.. Dira dah sebak dah ni.. Hehe.. :) Nanti Dira post lagi cerita lain ok? ;)

Thursday 10 January 2013

Expo Persatuan UiTM Kedah

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hehe, Dira nak story pasal expo persatuan yang berjalan selama dua hari iaitu hari Selasa (8/1/2013) dan Rabu (9/1/2013) yang lepas... Okey, Dira admit.. Memang penat nak jaga booth, pastu pergi kelas... Tapi kan, benda ni memang seronok sangat-sangat... Expo ni berjalan dari pukul 8 pagi sampailah pukul 6 petang.. Bergilir-gilirlah jaga booth tu.. Dira jaga booth apa? Dira jaga booth Sekretariat Rukun Negara a.k.a SRN... Booth Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) pun ada jugak, tapi Dira tak dapat nak jaga.. Tapi at least bos SMF pun turun padang sekali menjaga booth... Hehehe...
Siapa bos SMF? Siapa lagi kalau bukan best friend Dira, Najib? Hehehe.. Tahniah sekali lagi, kawan.. Lepas ni, Dira kenalah formal dengan dia kan? Hehehe.. :P
Malam sebelum expo ni, Dira tolong edarkan flyers untuk SRN dari bilik ke bilik untuk asrama siswi, Masria & Mahsuri.. Penat tu memang penat, tapi Dira bolehlah exercise sikit... Hehe, bila lagi kan? XD
Hari pertama memang seronok.. Walaupun penat, tapi dapat nasi tomato... Sempat jugak Dira ambik.. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi..
Hari kedua pulak, Dira join masa waktu sebelum tengah hari aje.. Kira waktu pagilah deh... Hehe.. Petang tu pulak, Dira tak dapat join sebab tiba-tiba demam.. Huhu... Sorry ya.. Dira memang macam ni.. Dulupun masa ada Hari Bersama Persatuan kat Dewan Perdana dulu, Dira demam jugak.. Sampai muntah-muntah sebab tak cukup tidur... So, jadi pening... Nasib baik tak pengsan dalam dewan tu...
Bila ingat-ingat balik kan, kelakar sangat tau... Kawan Dira sampai marah-marah sebab Dira tak nak makan malam tu... Yelah, dah tak ada tenaga, kenalah makan kan? Tapi Dira betul-betul tak ada selera masa tu...
Kali ni, nasib baik Dira tak 'buat hal' macam dulu... Antibodi Dira memang lemah, sebab Dira ni dehydrated... tapi tak adalah teruk sangat...
Dah banyak kali dah arwah ayah Dira pesan suruh minum banyak air, tapi Dira ni kan degil binti degul... XD
Bila dah mula nak aktif ni pun tak nak jaga kesihatan jugak... Kadang-kadang Dira pening kepala lepas berjalan tengah panas...
Eh, dah melalut pasal penyakit dehydrated ni apasal? Hehehe... Okeylah, nampak sangat Dira ni dah lapar burger chumi... Tunggu Diana call aje ni.. Hehehe... Bye-bye, semua.. Assalamualaikum...

Sunday 6 January 2013

Semangat Yang Hilang, Kembali Lagi

Assalamualaikum.. Sejak belakangan ni, Dira selalu moody.. Memang Dira tak tunjuk kat orang lain, tambah-tambah kat best friend Dira, Diana and Najib. Dira saja buat-buat happykan diri.. Okey, hati Dira memang sakit sebab siapa yang tak terasa sebak kena menipu dengan kawan baik sendiri? Dira tak nak diorang tahu yang Dira tengah sedih.. Tapi akhirnya perlahan-lahan Dira luahkan jugak kat diorang..
Diana, Najib, sorry sangat-sangat... Bukan sengaja nak sembunyikan tapi selagi boleh ditanggung rasa beban ni selagi tu aku diam.. Bila sampai tahap aku tak mampu nak tanggung, baru aku luahkan....
Dira memang jenis macam ni.. Dira akan pendam dulu masalah Dira, then lama-lama Dira sendiri akan cerita tapi pada best friend Dira aje lah...
Dah sekian lama Dira bertahan, meluahkan tangisan, akhirnya Dira rasa lega... Lega bila dah cerita semua masalah Dira kat Diana dan Najib, dan Dira dah lega sebab Dira dapat balik 'semangat' Dira yang pernah pergi dari Dira sebelum ni...
Tadi, Dira mesej 'capital A'.. Dira dah luahkan pada dia segala apa yang Dira rasa dan pasal perasaan Dira pada dia yang tak pernah boleh berubah dari mula Dira kawan dengan dia, sampailah sekarang.. Dira terdiam sendiri bila dia ajukan soalan, 'jahat sangat ke saya ni kat awak?' Sungguh, Dira sedih sangat bila baca soalan dia tu.. Dira tak pernah anggap dia macam tu...
Bagi Dira, dia seorang yang baik, yang Allah kirimkan pada Dira untuk ubati kesedihan Dira lepas kecewa dengan seorang abang senior kat sini... Bila ada dia, Dira rasa semangat, dan happy sangat-sangat... Dira ada tanya dia, kenapa dah lama tak mesej Dira... Then dia jawab dia cuma takut yang dia ganggu Dira... Sama macam apa yang Dira fikir masa Dira nak mula contact balik dengan dia..
Kadang-kadang Dira terfikir, betul ke Dira masih tak mampu lupakan perasaan Dira pada dia sebabkan Dira tak beri peluang pada orang lain untuk sayangkan Dira? Entahlah.. Dira tak punya perasaan pun untuk jatuh cinta dengan orang lain.. Setakat suka macam kawan tu, bolehlah.. Dira mungkir janji?
Ya, Dira dah mungkir janji pada diri sendiri dan pada Allah.. Dira tak mampu nak anggap si dia sebagai kawan rapat Dira, tak mampu anggap dia macam kawan-kawan Dira yang lain, tak mampu nak terus pura-pura happy sedangkan hati Dira selalu rindukan dia....
Dira mengaku, kadang-kadang Dira kalah dengan perasaan Dira sendiri... Dira tak kuat nak hadapi semua ni... Kenapa perlu wujud rasa cinta tu kalau cinta tu memang tak pernah ada untuk Dira? Dira tak faham... Dira tak salahkan dia sebab datang pada waktu Dira tengah kecewa dan buatkan Dira jatuh cinta pada dia...

Dear, 'capital A',
Awak, saya nak awak tahu, saya tak pernah salahkan awak.. Saya selalu rasa, awaklah orang yang Allah hantar pada saya supaya buatkan saya gembira dan tak terus jatuh dalam bayang-bayang perasaan saya sendiri.. Segala apa yang awak buat untuk buat saya happy, saya hargai sangat-sangat... Dan sampai sekarang saya masih ingat semua kebaikan awak pada saya..... Terima kasih sangat-sangat... Tak terbalas segala kebaikan awak pada saya.... :')

Wednesday 2 January 2013

Berubah

Assalamualaikum.. Ehem-ehem, post yang pertama pada tahun baru 2013.!!! Rasanya belum terlambat lagi Dira nak ucapkan Happy New Year kepada semua... And of course, happy belated birthday to Colin Morgan a.k.a Merlin.. Hehe, semalam birthday dia ok? Ewah..ewah....
Mulai tahun baru ni, Dira nak berubah supaya jadi lebih baik, nak rajin-rajin, nak aktif, nak lebihkan pelajaran lebih daripada cinta, nak hidup berlandaskan Islam semata-mata.. Bukan bermakna Dira tak mengikut landasan Islam eh sebelum ni.. Cuma nak jadi lebih baik aje.. Insyaallah, niat Dira akan buatkan Dira berusaha untuk mencapainya... :)
Satu lagi perubahan yang Dira nak buat, Dira tak nak jatuh cinta lagi dah.. Memey laa Dira muda lagi, tapi pengalaman lepas buatkan Dira jadi takut pulak nak bercinta lagi... Well, bila dah banyak kali kecewa, dah boleh agak dah hati Dira ni boleh jadi macam mana kan? Hik...hik..hik... :)
How about 'capital A'?
Hurm, Dira tak tahu nak komen apa... Dah lama tak dengar cerita dia, tapi Dira harap dia baik-baik saja... Yelah, sebagai kawan kan kita patut doakan yang baik-baik untuk kawan... Betul ke Dira anggap dia macam kawan.?? Entah.... Biarlah hanya Allah aje yang tahu, sebab Dira sendiri tak berapa sure dengan perasaan sendiri... Kadang-kadang ada rasa sayang, kadang-kadang ada rasa marah...
Sejak belakangan ni, Dira selalu sangat menangis.. Setiap kali Dira duduk sorang-sorang dalam bilik, mesti Dira rasa kesepian.. Dan sebabkan kesepian tu, air mata Dira laju aje mengalir tambah-tambah bila teringatkan 'capital A'...
Bila lepas nangis, mesti Dira jadi tak betul.. Contohnya Dira suka mengusik kawan-kawan... Bukan macam selalu, tapi melebih-lebih pulak.. Kesian kat kawan Dira, Eme.. Selalu kena usik dengan Dira.. Hehehe... Sorry ya, Eme... Dira tak tahu nak usik siapa lagi.. Hehe.. ;)
Kadang-kadang Dira termenung sorang-sorang, dengar lagu cinta sikit, mulalah start drama air mata... Sebab apa? Semua sebab seorang lelaki yang sangat-sangat Dira sayang+cinta... Dira tak pernah sayang or cintakan sesiapa sampai macam ni sekali..
Sebab tu Dira nak buangkan jauh-jauh perasaan cinta tu.. Dira tak nak lagi sengsara or menderita or terseksa or yang sewaktu dengannya lah... Dira dah penat! Penat sangat-sangat!!! (Eh, tetiba emo.. Sorry maa... hehehe :))
Sampai sini dululah ye Dira tulis kat blog ni.. Nanti makin banyak pulak yang terbongkar rahsia Dira... hehehe... Shhh....diam-diam sudaa.... See you guys soon.. :)
Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira