Sunday 25 November 2012

Perit......

Assalamualaikum.. Hari ni, Dira nak ceritakan sesuatu. Tadi, Dira ada baca satu buku, tajuknya pasal jangan hampiri zina... Dira tersentap bila baca..bukan sebab apa... Dira pun manusia biasa, tak pernah lepas dari buat dosa... Salah satunya, bercinta sebelum nikah.. Cinta memang fitrah manusia, tapi bercinta secara Islam ialah bercinta selepas bernikah...
Ya Allah, ampunilah aku.....
Dira dah buat keputusan, dah berazam, yang Dira tak nak lagi bercinta selagi belum bernikah, apatah lagi mencintai seseorang yang belum tentu lagi jodoh Dira... ya Allah, semoga Kau menerima taubatku.....
To 'capital A',
Awak, saya mintak maaf.. Bukan senang saya nak buat keputusan ni, tapi untuk kebaikan kita bersama, lebih baik kita kekal jadi kawan... Awak tetap sahabat saya, dunia akhirat..... Pasti awak akan jumpa seseorang yang lebih baik daripada saya...
Biarlah Allah yang tentukan semuanya... Jika kita ada jodoh......
Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya....
Bertemu kerana Allah, berpisah juga biarlah kerana Allah..... :')

Saturday 24 November 2012

Pura-Pura

Assalamualaikum.. Sorry sangat-sangat sebab Dira dah lama tak update blog.. Bukan sengaja, tapi Dira memang tak ada cerita menarik yang nak diceritakan. Banyak masalah yang Dira hadapi, Dira lebih suka pendam sorang-sorang.. Even bff Dira, Diana dengan Najib pun tak tahu masalah Dira.. (Shh... Jangan bagitau diorang tau... hehehe..)
Bukan Dira tak nak cerita masalah Dira kat diorang, or sesiapa yang Dira percaya. Tapi masalah ni, memang kecik sangat-sangat tapi boleh buat hati Dira sedih sangat... Kenapa?
Dira rindu A!!!!!!!!! Bukan Dira tak nak contact dia, tapi tak naklah kacau dia... Nanti dia rimas dengan Dira. Sekarang ni, Dira cuba buat-buat sibukkan diri, sebab tak nak selalu rindukan dia.. Bila tak ada apa-apa yang Dira nak buat, Dira tengok cerita Merlin....dengan harapan, Dira boleh lupakan dia sekejap... Tapi, Dira memang tak boleh lupakan dia... Rindu sangat-sangat..... :'( Sepi handphone Dira bila dah lama tak mesej-mesej dengan dia.....

Saturday 17 November 2012

Merlin Season 5

Assalamualaikum.. Hari ni Dira nak cerita pasal Merlin.. Sejak bila Dira suka tengok Merlin ni? Hehe, Dira minat Cerita Merlin sejak season 1 lagi. Setia tengok cerita Merlin tu sampai season 5 ni. Sebab apa? Sebab Merlin tu CUTE sangat-sangat!!! Tak percaya? Meh tengok gambar dia :
Ha, comel kan? hehehe... :)
Season 5 ni lagi banyak magik yang Merlin guna untuk selamatkan Raja Arthur daripada musuh. Suka sangat Dira tengok Merlin ni. Banyak scene yang kelakar antara Merlin dan Arthur. Tu yang seronok nak tengok tu... Hehe... Tapi, Dira mungkin tak dapat tengok sampai habis kot sebab nak kena balik UiTM dah tak lama lagi.. Tapi, Dira akan tetap download cerita ni, so, bila-bila masa boleh tengok Merlin yang cute-miut ni... :)
...Colin Morgan as Merlin...
...Bradley James as King Arthur...
Merlin Season 5

Friday 9 November 2012

My Exam Result

Assalamualaikum.. Hye, guys. Hari ni Dira nak story morry pasal result exam Dira. Nak kata frust, adalah jugak.. Tapi, ni dah rezeki bahagian Dira. So, Dira terima aje. Yang penting, NO REPEAT SUBJECT!!! hehehe.... Alhamdulillah...
Dira macam tak percaya, semua subjek Dira dapat gred B. Sebelum ni ada gred C, tapi sem ni, kira ada kemajuan laa sikit. Semua dapat gred B, tak ada gred C. Yang dapat A tu subjek Kesatria. Hehe...
Insyaallah, mana laa tau sem depan Dira dapat semua subjek gred A ke.. Aamiinn..... :)
Thanks a lot to my dear lecturers :-
FAR 200 : Miss Maisarah
BEL 311 : Miss Fatin
CTU 231 : Ustazah Hidayah
LAW 240 : Miss Laila
MAF 220 : Mdm Jurina
MGT 162 : Mdm Zuraida
and not forget, my dear classmates... Sebab tanpa korang sedar, korang banyak tolong Dira.. Kepada yang dekan, tahniah dan terus istiqamah.. Yang tak dapat dean list macam Dira ni, teruskan usaha.. Ada masa lagi, kan?? Chaiyok! Chaiyok!
My Exam Result... Better than before... Alhamdulillah

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira