Monday 15 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 H

Ramadhan datang lagi ! Alhamdulillah, Dira masih berkesempatan untuk menyambut bulan mulia ini.. Di sini, Dira ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, dan selamat berpuasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.. Ingat, puasa bukan saja menahan diri daripada lapar dan dahaga.. Tetapi juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang lagha (sia-sia).. Jaga perbuatan kita, jaga percakapan kita... Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan cemerlang.. Insya-Allah... :)

Friday 5 July 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

-Sebenarnya Saya Isteri Dia-
Assalamualaikum.. Ni apa kes Dira sebut 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' ni? hehehe.. Sebenarnya Dira isteri "................................" ngee~ Ni drama yang baru sahaja tamat di TV3 tadi okey? Dira bukan isteri sesiapa lagi... Wahahaha !
Habis aje drama tu tadi, Dira tengok kat FB and twitter, penuh dengan post pasal drama hot tu. Siapa pelakon dia? Pelakon dia, Izzue Islam+Tiz Zaqyah.. Well, they're so sweet together. Firash Arshad lakonan Izzue Islam buatkan Dira jatuh cinta pulak kat watak tu.. Hai, bukan jatuh cinta kat Izzue Islam eh... Laki orang tu! Hehehehe.. :)
Antara Firash Arshad and Syafa Aqira, Dira lebih suka kat Firash Arshad. Dia suka kat Syafa Aqira tapi ego nak mengaku.. Bila dia jealous tengok isteri dia tu dengan lelaki lain, pergh ! Menakutkan siot muka dia, tapi still comel ! <3 auww ! He's sooooooooo romantic and sweet... (Hopefully Dira dapat laki macam Firash tu)
Ending drama tu, berlain sikit dengan novel. Bagi Dira, novel dan drama, masing-masing ada kelebihan dia sendiri... Novel best, drama pun best...
-Firash Arshad love Syafa Aqira-

Izzue Islam as Firash Arshad a.k.a Acad

Tiz Zaqyah as Syafa Aqira a.k.a Syaf
Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira