Saturday 7 December 2013

Drama Adaptasi Novel Playboy Itu Suami Aku

Assalamualaikum.. Ha, kali ni, Dira nak story-morry pasal drama yang Dira tengah layan kat tv3 setiap petang Isnin-Khamis.  Tajuknya Playboy Itu Suami Aku. Pelakon dia pun pelakon baru. Nur Risteena & Fattah Amin. Masa mula-mula drama tu start, perghh! Banyak benar orang kutuk drama tu. Drama tak bestlah, pelakon kayulah, macam-macam orang kutuk. Tapi Dira tetap layan drama tu. Sebab hero dia dalam cerita tu boleh tahan handsome.. Wahahaha..
Sekarang ni baru je lepas episod 16. Dah bertambah best.. Huhu, tak lama lagi, mesti habis. Tapi, tak apa. Dira tak sedih sangat sebab Dira ada download setiap episod.. Hehe.. :)
Fattah Amin + Nur Risteena
Afina Aulia (Fina) + Raja Andrian Benjamin (King)
Hurm, Dira terpaksa stop sampai sini dulu. Sebab time menulis blog, ada aje iklan mengacau. Tak tahu nak get rid macam mana...

Sunday 10 November 2013

A Long Journey

Assalamualaikum.. Hye, semua.. Cuti-cuti pun sibuk ya sampai nak tulis blog pun malas.. Huhu.. Jangan laa marah cheq... Dira baru lepas test JPJ motor.. Haha, pelik pulak sebab orang umur 20 tahun dah boleh bawak kereta dah.. Dira baru belajar naik motor. Alhamdulillah, lulus jugak akhirnya.. Tinggal nak tunggu dapat lesen "P" aje lepas ni..
Dira sekarang tengah bercuti kat KL-Putrajaya. Saja, nak melawat kubur arwah ayah Dira kat Johor.. Semalam (9 November 2013) genap 4 tahun arwah meninggal.. Dah hampir 2 tahun kami sekeluarga tak dapat ziarah kubur arwah, sebab kekangan masa, tempat dan wang. Huhu, nak buat macam mana.. Redha aje laa..
Tadi, Dira baru balik dari rumah Juma and Ilham. Siapa pulak ni kan? Juma dengan Ilham ni budak yang mak Dira pernah jaga masa kat Putrajaya dulu. Juma masih ingat lagi kat Dira, tapi Ilham tak tahulah sebab dia malu-malu kucing... Hehehe..
Juma ni, makin besar dah tengok.. Dah darjah 1 rupanya.. Dia cerita kat Dira sekolah tu best.. Haah, Dira setuju sangat dengan Juma. Bila dah habis sekolah baru rasa kehidupan kat sekolah tu lagi best.. Dia still panggil Dira macam dulu.. Dia panggil Dira apa? Dia panggil Dira, "Kakak Dhiyah!" yelah, budak-budak kan ada bahasa dia sendiri.. Tapi, Dira okey aje.. Kalau nama tu boleh buat dia ingat kat Dira, Dira okey aje.. Hehehe..
Sempat lagi Dira main dengan dia.. Sembang-sembang dengan dia.. Dira buli dia, dia buli Dira balik.. Aduh, macam-macam budak sorang ni.. Makin nakal.. Huhu.. Tak tahu la macam mana dia bila jumpa lagi lain kali.. Hehehe...
Last but not least, "Kakak Dhiyah" sayang Juma sangat-sangat..!!! :)
With Juma <3

Thursday 17 October 2013

Jodoh Itu Milik Kita, Kampung Girl & Mr Arrogant!

Assalamualaikum.. Hehe, lama gilee tak update.. Ha, apa benda laa tajuk kat atas tu ye? Ha, jangan salah faham pulak.. Tiga-tiga tu tajuk drama adaptasi novel yang tengah hangat di televisyen sekarang... Dira layan jugak tau drama-drama ni.. Ehehehe... Kalau tak tengok kat tv, Dira download je cerita ni.. Seronok jugak download-download movie ni...
Drama Jodoh Itu Milik Kita adaptasi dari novel tajuk yang sama.. Peneraju utama, Farid Kamil and Tiz Zaqyah.. Pehh, memang sweet laa diorang dalam cerita tu.. Tapi kan, yang buat Dira geram sangat, watak Syafiq lakonan Syazwan Zulkiply (entah betul ke tak nama dia eja macam ni).. Sangat-sangat kurang ajar, sangat-sangat gila.. Tabik lah sebab berjaya buat orang BENCI GILA dengan watak ni..
Dira tak ada lagi novel ni, jadi tak tahu jalan cerita dia macam mana.. Hurm, rugi..rugi..rugi...
Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita
Ha, next drama is Kampung Girl. Ha, cerita ni pun best gila.. Tiap-tiap hari Jumaat, mesti terpacak depan tv, nak tengok drama ni.. Kelakar ada, romantik pun ada.. Pelakon utama : Akim and Nad Zainal. Seronok gila tengok diorang berlakon, macam bercinta betul-betul pun ada.. Hehehhee... Drama ni, Dira ada novelnya.. Dah berpuluh-puluh kali baca, tak jemu-jemu.. Dramanya pun tak jemu-jemu jugak tengok, walaupun ada beberapa scene yang tak ada dalam novel, diadakan dalam drama... Terbaikkk...!!
Sinopsis Kampung Girl
Drama yang satu lagi ni mesti ramai yang layan jugak kat TV3 kan... Setiap hari Isnin-Khamis, Dira and family mesti tengok drama Love You, Mr Arrogant.. Cerita ni, daripada lima bintang, Dira bagi full.. Sebab apa? Sebab cerita yang sangat menarik.. (Dua-dua cerita yang kat atas pun Dira bagi lima bintang jugak.. Hehehe) Pelakon pun hebat sangat dapat bawak watak dengan baik lebih-lebih lagi si hero, Azlee Khairi..(dia pun ada berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia sebagai Raimy) Heroinnya, Zara Zya.. Suka sangat tengok scene gaduh-gaduh manja diorang tu.. And mesti ramai jugak tak suka dengan watak Sherry (Hanez Suraya) tu kan.. Hm, Dira pun tak suka... Menyampah tengok... Make-up nya bapak tebal.. Tak rimas ke..?? Hehehe... Oppss..! Tak suka jugak dengan watak mama and kakak Irham tu.. Suka pandang rendah kat orang miskin.. Ish, sakit hati eden ni...
Sinopsis Love You, Mr Arrogant

Ha, udah-udah laa tu yer... Hehe, sampai sini ajelah Dira bebel hari ni.. Esok-esok sambung lagi.. :) Bye, assalamualaikum....

Tuesday 10 September 2013

It's Been Quite A Long Time

Assalamulaikum.. Hi guys.. Lamanya tak update blog.. Biasalah start daripada minggu lepas raya tu sampai laa sekarang (lepas ni pun...) berlambak assignment, presentation, test, quizzes, dan kuliah ganti menanti Dira. Dira baru selesai assessment debate semalam. Tu pun nasib baik lepas, kalau tak lepas.............(tak nak sebut laa perkataan 'repeat'..ops.! tersebut sudahhh ! hahaha...)
Lepas seminggu cuti raya, Dira balik rumah sewa balik. Sampai hari ni masih tak balik rumah... Hm, rindu laa kat rumah.. Hari ni, adik lelaki Dira, Nashrullah ada exam UPSR. Kira sehari dah lepas laa.. Alhamdulillah kalau lepas... :)
Insyaallah, nanti dia pandai macam kakak dia ni.. Wekk! Perasan yang amat laa Dira ni.. Hahaa. Raya hari tu, best laa jugak.. Dapat raya dengan cousin2 yang dah lama Dira tak jumpa.. Rinduuu... :'(
Sembang tak ingat dunia laa dengan depa.. Riuh rumah tok Dira.. heeee :)
Hopefully Dira boleh lepas jugak untuk sem ni.. Sebab subject semua tough-tough. Boleh tahan jugak tahap kepayahannya.. huhuhu.. Sorry if after this I'm not able updating my blog frequently...

Thursday 1 August 2013

Iftar MPP+SMF

Assalamualaikum... Hye semua.. Lama tak post kat sini kan... Dira busy dengan study sikit... Sebab, banyak assignment diberi oleh lecturer sebelum cuti raya.. Hai, macam tak bagi cuti raya aje kan.. Habis aje cuti ni, banyak test-test menunggu+assignment untuk dihantar..
Hari Selasa (30 Julai 2013) hari tu, Dira join majlis berbuka puasa beramai-ramai dengan MPP and SMF. SMF tu apa? aduhai, sebagai exco SMF, Dira rasa sedih sebab nama SMF tak se'glamour'  MPP. SMF adalah singkatan kepada Sekretariat Mahasiswa Fakulti. Kira macam pembantu MPP la.. Huhuhu...
Kitorang makan kat Tanjung Dawai.. Nama restoran tu tak ingatlah.. Tapi makan kat tepi pantai.. Sementara tunggu buka puasa, kitorang sempat ambik-ambik gambar kenangan.. Macam-macam gaya ada tau... Hehehehe...
Dira pun, sempat jugak kutip kulit siput. Banyak jugaklah.. Masa makan tu, boleh pulak ada dua orang ni bergaduh.. Hai, gaduh-gaduh manja sampai Dira pun tak tahan gelak tengok kerenah diorang. Masa tu Dira duduk sebelah Min, lagi lah dok gelak tak sudah-sudah sebab Min ni tak habis-habis buat lawak...
Disebabkan kitorang makan kat tepi pantai, ada yang ingat bunyi ombak tu macam bunyi hujan... Hahaha, lagilah gelak tak sudah kan... Heeee, Dira tak nak lah sebut siapa... Biarlah rahsia.. Hanya kami yang berada di situ sahaja yang tahu... :)
With Diana.. Waaa, spec Dira senget laa.. Hehehe... :)

-Dira Diana BFF- (Sebenarnya BFF Dira, ialah Diana dan Najib.. :)

Mencari-cari kulit siput untuk dibuat souvenir.. :)

MPP & SMF UiTM Kedah

Happy je muka masing-masing kan..
Akhir kata, seronok sangat malam tu... Sampai aje rumah, tahu nak terkam katil aje.. hehehe... Hopefully, dapat kumpul ramai-ramai lagi macam ni untuk masa akan datang.. Insya-Allah.. :)

Monday 15 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 H

Ramadhan datang lagi ! Alhamdulillah, Dira masih berkesempatan untuk menyambut bulan mulia ini.. Di sini, Dira ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, dan selamat berpuasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.. Ingat, puasa bukan saja menahan diri daripada lapar dan dahaga.. Tetapi juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang lagha (sia-sia).. Jaga perbuatan kita, jaga percakapan kita... Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan cemerlang.. Insya-Allah... :)

Friday 5 July 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

-Sebenarnya Saya Isteri Dia-
Assalamualaikum.. Ni apa kes Dira sebut 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' ni? hehehe.. Sebenarnya Dira isteri "................................" ngee~ Ni drama yang baru sahaja tamat di TV3 tadi okey? Dira bukan isteri sesiapa lagi... Wahahaha !
Habis aje drama tu tadi, Dira tengok kat FB and twitter, penuh dengan post pasal drama hot tu. Siapa pelakon dia? Pelakon dia, Izzue Islam+Tiz Zaqyah.. Well, they're so sweet together. Firash Arshad lakonan Izzue Islam buatkan Dira jatuh cinta pulak kat watak tu.. Hai, bukan jatuh cinta kat Izzue Islam eh... Laki orang tu! Hehehehe.. :)
Antara Firash Arshad and Syafa Aqira, Dira lebih suka kat Firash Arshad. Dia suka kat Syafa Aqira tapi ego nak mengaku.. Bila dia jealous tengok isteri dia tu dengan lelaki lain, pergh ! Menakutkan siot muka dia, tapi still comel ! <3 auww ! He's sooooooooo romantic and sweet... (Hopefully Dira dapat laki macam Firash tu)
Ending drama tu, berlain sikit dengan novel. Bagi Dira, novel dan drama, masing-masing ada kelebihan dia sendiri... Novel best, drama pun best...
-Firash Arshad love Syafa Aqira-

Izzue Islam as Firash Arshad a.k.a Acad

Tiz Zaqyah as Syafa Aqira a.k.a Syaf

Monday 24 June 2013

Aktiviti

Assalamualaikum.. Hye semua..! Hurm, sorry lama tak update blog ni.. Bukan apa, sibuk sikit. Haha, sikit ke banyak ke, still sibuk okey? XD
Dira baru selesaikan aktiviti PC Fair yang diadakan pada 16-19 Jun baru-baru ni.. Punyalah excited sebab jadi urusetia sampai lupa birthday mak Dira pada 17 Jun hari tu.. Huhuhu.... Tapi dah wish dah.. Seronok tau bila kita ambik bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.. Dalam hati, Dira menyesal sikit sebab masa sekolah dulu tak sempat join banyak aktiviti. Kalau ada pun, tolong-tolong cikgu mengecat kawasan sekolah dengan Kak Adzlina, Haji Asyraf dengan Papa Aus. Hehehehe....
Jadual PC Fair
At least, ada lah sumbangan sikit-sikit kan kat sekolah? Hehehe...

PC Fair ni, Dira just duduk-duduk aje... So, tak adalah penat sangat.. Sikit-sikit je.. Hehehehe...
-PC Fair-
Aktiviti kedua yang sedang berlangsung, Speaker Centre. Ha, ni mesti ingat Speaker Centre ni macam berpolitik kan? Sebenarnya tak.. Tajuk yang dibahaskan tak menjurus ke arah politik sangat.. Bukan buat demonstrasi bagai.. Mahasiswa-mahasiswi sebenarnya boleh bercakap di hadapan semua orang kan? So, ni salah satu inisiatif yang MPP buat.. Err... Dira tengok dari sudut tu.. Tak tahulah kalau semua tengok macam manakan? Huhuhu...
Poster Speaker Centre

Tiket Filem Karah 1 dan Karah 2
Sambil-sambil Speaker Centre ni berlangsung, Dira tolong jualkan tiket untuk filem 'Karah 1' dan 'Karah 2' yang dilakonkan oleh student-student UiTM Dungun (eh, UiTM Syazrin lah! Hehehe....) Filem Karah tu apa benda? Filem hantu..!!! Hehehe.. Sesiapa yang berminat nak tengok, boleh dapatkan tiket okey? Ceh, promote sikit kat blog ni... :P
Habis aje aktiviti Speaker Centre ni, Dira join pulak aktiviti Family Day SRN a.k.a Sekretariat Rukun Negara.. Kali ni Family Day kami buat kat Carnival Theme Park.. Wah, main air tu... Dah lama Dira tak main air.. Hehehehe... Tak sabar pulak nak pergi hari Sabtu nanti... Malam tu ada buat BBQ pulak... Ha, sesiapa yang berminat nak ikut, cepat-cepat contact orang yang berkenaan ya? :)
Tempat terhad ! Siapa cepat, dia dapat ! :))

Sunday 9 June 2013

Semester 5

Assalamualaikum. Hye, readers.! Hari ni, hari pertama Dira kuliah selepas 2 bulan cuti semester. Semester ni, agak mencabar jugak sebab :-

  1. Duduk kat rumah sewa
  2. Kena bawak motor sendiri ATAS jalan raya ! hehehe
  3. Subjek tersangatlah banyak
  4. Kena sesuaikan diri dengan persekitaran yang tak sama macam kat asrama
Hai, nampak macam simple aje kan? Tapi yang Dira paling takut, yang nombor 2 tu. Bukan Dira tak pernah naik motor atas jalan raya, tapi agak cemas la. Tapi mak cakap, bawak slow-slow, tengok kenderaan lain, dah kira okey. Yang penting kena bagi isyarat sebelum membelok! Hurm, Dira cuma boleh doa dan tawakal aje semoga Allah melindungi Dira daripada bahaya. Amiinn... :) -Tolong amiin kan.. Kan doa sahabat dimakbulkan Allah.. Hehehe..-
Ha, lagi satu, duduk kat rumah sewa kira okeylah. Kakak-kakak senior (degree) baik sangat (walaupun eden baru sampai pagi tadi) Ada jiran yang Dira kenal, kak Mira. Dia sekampung dengan Dira. Hehehe.. Ada jugaklah yang Dira kenal dekat-dekat sini, boleh sembang kalau tak ada apa-apa hal.. :)
Kelas Dira? Aduhai, bab hari Isnin memang tak boleh bla... First, kena pakai baju kurung. Second, jadual yang memang pack gila. Dari pagi sampai petang. Gap tu memang ada, tapi macam bazir minyak lah nak kena ulang-alik dari rumah ke UiTM. Hari Rabu tak kisah sangat sebab pakaian bebas. Bab baju kurung memang Dira fail.
Tak pandai nak pakai. Bila pakai, kena control ayu. Adui, tak suka sangat! Kalau boleh, nak pakai baju kurung bila kahwin nanti. Ngeh-ngeh-ngeh... Ada ke orang nak kahwin dengan Dira ni.... :P
Okeylah, sampai sini dulu Dira bebel pasal semester lima ni. Ada story baru, pasti akan Dira post kat sini.. Bye, assalamualaikum.. :)

Tuesday 4 June 2013

Cuti Nak Habis !

Assalamualaikum.. Lama tak singgah blog ni.. Hurm, dah berhabuk.. Jap-jap.. Nak sapu dulu.. Hehehe... Ha, dah sapu dah, dah bersih dah pun.. :)
Hurm, diam tak diam, cuti semester dah nak habis.. Apa yang Dira buat masa cuti ni? Dira ambik lesen motor. Ha, nilah keputusan yang sangat-sangat nekad, akhirnya berjaya jugak tapi berjaya bawak motor aje la. Test JPJ belum lagi, sebab tak sempat. Dapat lesen L pun jadi la, asalkan boleh jalan kat jalan raya.
Takut jugak waktu Dira nak bawak motor kat jalan raya.. Tapi, kenalah berani kan? Kat Merbok nanti Dira kena bawak sendiri jugak..
Mak Dira pun belikan motor untuk Dira. Motor apa? Biasa aje. Modenas MR1. Seronok jugak bawak motor ni. Hehehe, terima kasih mak.. :)
Warna merah pilihan hati.. Hehehe.. :)
Cakap pasal cuti nak habis, tak lama lagi, bermulalah semester lima bagi Dira. Tengok subjek nya macam mencabar sangat. Biasalah, makin lama, makin susah levelnya. Tak sabar ada, rasa takut pun ada jugak... Tapi, kira okeylah setakat ni ikut flow. Bila yang lain semester lima, Dira pun naik semester lima. Hehehe.... :)
Hopefully, Dira dan kawan-kawan yang lain boleh go through dengan semester akan datang ni.. Insya-Allah... :)

Thursday 9 May 2013

My Exam Result

Assalamualaikum.. Pagi tadi, Dira bukak student portal.. Nak tengok result maa... Debar jugak lah nak tengok result kali ni... Dan memang memeranjatkan Dira, result Dira agak bagus.. Alhamdulillah... Dah naik balik ke pointer 3.. Tapi masih belum dekan.. Tak pe...tak pe.. masih ada dua semester lagi...
Eh, dah nak tinggal dua semester dah kan... Insya-Allah, Dira akan cuba sedaya upaya lagi sampai boleh dapat yang lebih baik.... :)

Tuesday 30 April 2013

Cinta Monyet

Assalamualaikum.. Hurm, siapa yang tak pernah melalui fasa cinta yang dikenali sebagai cinta monyet? Dira tak terkecuali tau.. Hehe, tapi tu semua cerita lama.. Suka duka, semuanya tetap dalam ingatan.. Masa sekolah dulu, Dira pernah suka kat tiga orang lelaki.. Dua orang tu paling lama perasaan Dira bertahan kat diorang pun setahun aje.. Tapi, ada sorang boy ni, dari Form 3 sampai ke Form 5 Dira suka kat dia.. Siapakah dia? Biarlah rahsia...
Hehe, bukan nak berahsia sangat... Tapi, dah nama pun cinta monyet kan? Apa guna nak cerita lebih-lebih.... Huhuhu... Sepanjang Dira kenal dengan dia, banyak yang Dira lalui.. Yang membuatkan Dira jadi lebih kuat bila berdepan dengan cinta..
Dalam diary ni Dira ceritakan semua apa yang Dira lalui dengan dia.. Dah lama Dira tak tengok diary ni... Sebabnya Dira tak nak ingat langsung pasal dia.. Tapi, hari ni, Dira terbaca balik diary ni.. Senyum-senyum pulak Dira sebab banyak insiden lucu yang berlaku... Well, semua orang mesti ditemukan dengan orang yang salah dulu kan sebelum bertemu dengan orang yang betul.. Hurm, Dira tak mengharap apapun.. Just harap dia boleh terus jadi kawan Dira... Sama macam Dira treat 'capital A' sekarang..
How about 'capital A'?
Dira dah lepaskan dia pergi.. Tiap kali Dira baru nak menangis pasal teringatkan dia, mesti Dira ingat apa yang Najib bagitahu kat Dira.. Sampai bila nak menangis? Hurm, betul jugak tu kan? Dira pun dah penat nak menangis lagi..
Eh, sudahlah.. Ha, ni last entry yang Dira tulis pasal cinta.. Lepas ni, tak dak ok? Dira tak nak main dengan cinta lagi dah... Dah serik maa... Hehehe... :)

Digimon Adventure

Assalamualaikum.. Hye, semua! Kali ni, Dira nak story-mory pasal kartun yang Dira memang minat gila masa zaman sekolah dulu.. Siapa yang pernah tengok kartun Digimon? Hurm, Dira tengok tapi untuk dua season je, Digimon 01 dengan Digimon 02. Sebab Dira rasa dua season ni aje yang best. Hehehe... :) Dira ada jugak sampai lukis-lukis watak digimon yang ada. Eh, bukan Dira aje... Tapi kawan sekolah Dira, Wani pun lukis jugak kartun tu.. Hehe.. Memang budak-budak betul..
Sampai sekarang Dira still melayan lagi kartun digimon tu. Ha, tipulah kalau Dira kata tak ada yang menarik perhatian Dira dalam Digimon tu. Dira paling minat sekali, watak Gomamon... Camne rupa dia? Ha, try tengok gambar bawah ni :-
Ha, nilah Gomamon.. Comel kan dia? <3
Setiap kali tengok kartun Digimon ni, mesti Dira tengok si comel ni dulu.. Pastu baru perhati kat digimon-digimon yang lain. Ngeh-ngeh-ngeh.... Gomamon ni, selain COMEL, dia pun kelakar..dan nakal jugak. Kebanyakan aksi nakal Gomamon ni boleh buat Dira ketawa bila tengok dia... Hehehe... :)
Partner dia, Kido Jyou.. Orangnya serius, tapi boleh diharap... Kadang-kadang, sikap serius dia tu boleh buatkan orang ketawa bila tengok dia. *Psstt, Dira suka tau orang yang kelakar* :D
Digimon Adventure 01
Digimon Adventure 02
Gomamon pun ada tau dalam Digimon 02 ni.. Hehe.. :) Bagi peminat Digimon 01, nak download cerita ni, pergi ke Digimon 01
Nak dengar lagu-lagu dia pun boleh...
Brave Heart
Butterfly
Break Up
Keep On
I Wish
Target
Seven
*yang ni aje Dira dapat cari.. kalau nak lagi, boleh search kat youtube ok? :)

Ok, tu aje yang Dira nak cerita.. Ada masa, Dira post lagi ok? :) Bye-bye..;)

Saturday 13 April 2013

Tamat Semester 4

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ni, 13 April 2013 tepat jam 12 tengah hari, Dira dan kawan-kawan telah merdeka.. Hehe... Final exam baru sahaja selesai, semua orang pakat nak balik kampung.. Huhu, dah lama tak balik rumah.. Padahal baru study week hari tu Dira balik rumah.. Hehehe.
Hurm, cuti ni Dira nak buat apa ek? Dira plan nak ambik lesen motor. Ha, percaya tak, dari habis Form 5 sampai sekarang Dira tak ada lesen kenderaan lagi. Hahaha,, bangga lah pulak... :D Semua sebab sifat takut nak bawak kereta/motor... Apa da... Tak logik punya alasan kan?
Kali ni, Dira betul-betul nekad nak ambik lesen motor. Jealous tau tengok kawan-kawan Dira naik motor.. At least, kalau ada transport, Dira boleh ke mana-mana aje. Hehehe... :)
Ada jugak ingat nak datang Putrajaya lagi. Nak tengok anak buah baru.. Tapi bila fikir pasal nak ambik lesen ni, Dira tangguhkan dulu.. Insyaallah, kalau ada masa, boleh datang melawat saudara-mara and kawan-kawan Dira kat sana.. Putrajaya tu dah macam kampung pulak pada Dira.. Hehehe.. :) Miss Putrajaya.... :'(
Kepada kawan-kawan Dira, especially Diana and Najib, take care ok? Selamat bercuti dan elok-elok balik rumah tu... :)

Monday 1 April 2013

Final Exam Semester 4

Assalamualaikum.. Hurm, lama Dira tak update blog kan? Bukan busy mana pun.. Memang Dira tengah final exam sekarang, tapi macam biasa, kita tak boleh terlalu nervous nanti apa yang dibaca terlupa pula.. Betul kan? Hehe, dari sekolah lagi Dira ajar minda Dira macam tu.. Jangan terlalu nervous, dan jangan terlalu condifent  confident eh... Haha..
Terlalu nervous sangat tak boleh, terlalu yakin pun tak boleh jugak... Apa yang penting, fikiran kena tenang... Berzikir banyak-banyak, selawat banyak-banyak... Insya-Allah.., hati kita tenang... Ehem, sekejap aje dah final exam untuk semester 4 kan? Diam-tak-diam, lagi dua semester untuk Dira tamatkan diploma..
Harapan Dira untuk semester 4 ni, janganlah ada repeat subject.. Dira tak kisah pun berapa result Dira sebenarnya, sebab Dira tahu tu semua rezeki masing-masing... Kalau dapat dean list, alhamdulillah.. Kalau tak dapat dean list, tu semua rezeki daripada-Nya... :)
Eh, baru lepas satu paper dah cerita pasal result.. Hehe, relax ok? Another 3 papers to go... Esok, paper Costing menanti... Wah, Dira suka gila subjek ni... Hehehe... :) Papepun, wish me luck keyh? Luv u alls... <3

Sunday 17 March 2013

Drama Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum.. Ehem-ehem.. Kali ni Dira nak post pasal drama favourite Dira yang tengah tayang kat televisyen sekarang. Drama ni, salah satu drama adaptasi novel, terbitan daripada Buku Prima. Novel yang Dira memang minat sangat-sangat. Dira suka jalan cerita dia, ada yang kelakar, ada yang sedih dan ada yang romantik scene antara hero dan heroin novel.
Novel Cinta Kau Dan Aku
Drama Cinta Kau Dan Aku


Dalam drama adaptasi yang disiarkan setiap hari Khamis & Jumaat pukul 10 malam kat TV1 (ala, kenapa tv1 eh? kurang grand laa nanti.. hehehe..) Dira perasan daripada kebanyakan blog yang Dira baca yang ada post pasal entri drama ni, semua tak puas hati dengan pelakonnya.. Yang pegang watak Farisya tu, Sara Ali and yang pegang watak Farish Hakimi, Fizz Fairuz.
Hurm, sebenarnya, Dira ada jugak rasa tak puas hati, tapi yelah kan, mana nak cari orang yang betul-betul berkarakter sebijik macam dalam novel. Nama pun novel, imaginasi penulis mestilah tinggi... Takkan ada yang sama macam watak dalam novel. Dira tengok Sara Ali dengan Fizz Fairuz berlakon jadi Farisya-Farish Hakimi, okey aje pun.... Sweet je... :)
Sara Ali as Nur Farisya Iman
Fizz Fairuz as Farish Hakimi


Sweet ja kan depa dua ni... <3
Drama ni baru lepas episod 7. Another 6 episodes to go.. Bagi yang tak tahu sinopsis cerita ni, meh baca sinopsis di bawah :-

Kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah membuat Farish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya.  Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.
Sahabat baik yang sentiasa bersama tak kira susah atau senang... Hm, boleh tak Dira nak persahabatan Dira-Diana-Najib macam Farisya-Milah-Zack ni... :)
Nampak best kan sinopsis dia? Tapi kalau baca novel and tengok dramanya lagi best... ^_^ Eh, sampai sini dulu ya bebelan Dira... Nanti sambung lagi dengan cerita yang lain pulak... :)

Friday 15 March 2013

Orang Baru

Assalamualaikum.. Dah lama Dira tak tulis cerita kat dalam blog ni kan? Huhu... Sibuk sangat kebelakangan ni. Cik-cik test dan encik-encik assignment berlambak-lambak.. Biasalah, nak abis semester dah kan? Bila Dira check balik list to do, banyak lagi yang Dira belum buat. Ya Allah, sabar aje lah.. Lumrah hidup sebagai student kan?
Eh, dah lari topik pulak.. Atas tu sekadar intro ya.. ;) Jangan marah... Ehem, orang baru mana Dira maksudkan? Hehe... Hurm, dialah pengganti 'capital A' Dira.... Dia ni pun 'capital A' jugak... Nama dia, Muhd Areef Rymeen.. Sedap kan nama dia.. Belum pernah jumpa pun lagi, tapi dah sayang kat dia.
Yelah, nama pun anak saudara sepupu, mestilah Dira sayang kat dia... Hehe, janganlah fikir yang lain pulak.. Hati Dira still pada 'capital A'... Areef baru lahir 7hb Mac 2013 (Khamis) baru baru ni... Yang sedihnya, Dira baru tahu hari Sabtu.. Tak ada siapa pun yang bagitahu Dira yang bertambah sorang lagi yang panggil Dira 'mak long'.
Biasalah, orang duduk kat universiti, kat kolej kan? Mana ada orang ingat.. Huhu, merajuklah pulak... Hehe.... :)

Comelkan Areef ni? Bila first time Dira tengok muka dia dalam facebook abah dia, ada iras-iras muka arwah Ameen yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober 2012... Subhanallah... Ada hikmah disebalik setiap yang ujian yang mendatang...

Wednesday 27 February 2013

Maafkan saya....

To : 'capital A' :-

maafkan saya yg selalu buat awak marah,
maafkan saya yg selalu ganggu awak,maafkan saya yg selalu menjadi beban awak,maafkan saya yg selalu merindui awak,maafkan saya yg tak boleh menjauh dari awak,maafkan saya yg terlalu mencintai awak,maaf kalau saya tak seperti yg awak inginkan :')

From : saya

Sunday 24 February 2013

Bila Bosan Dalam Kelas....

Assalamualaikum.. Tadi, Dira kemas-kemas laci, tiba-tiba terjumpa sehelai kertas... Ha, bukan surat cinta ok? Hehehe... Tapi surat pantun oleh cik Dira, cik Diana and encik Najib.. Masa tu, kitorang punya bosan nak tunggu kelas habis.. Biasalah, hari Khamis kan? Kelas last pulak tu... Nak pergi KPO lagi lepas tu.. Mesti tak sabar-sabar nak balik... Hehe... Kitorang bosan-bosan dalam kelas, kitorang tulis-tulis pantun... Dira yang start dulu, then Diana... Lepas tu tarik Najib main sekali... Hohoho....
Tak nampak eh apa yang kitorang tulis? Tak apa...tak apa.. Dira tulis balik ok? Hehe...

Dira : Pak Abu si perut buncit,
         Beliau bukak kedai runcit,
         Jalan-jalan kaki terlecet,
         Buat susah cucu cicit.

Diana : Jalan-jalan buncit di depan,
           Buncit jalan tak pernah di belakang,
           Tiba di tepi terjumpa pondan,
           Lari buncit lari masuk lubang.

Najib : Jalan-jalan jumpa si nyonya,
           Hari-hari jalan sana sini,
           Saya nak tanya,
           Cerita apakah ini.

Dira : Adik kecik tertumpahkan lotion,
         Nak sembunyi terkantoi dengan mama,
         Ini cerita menghilangkan tension,
         Mari gelak sama-sama... :P

Diana : Mak Minah jalan perutnya bunting,
           Terkangkang-kangkang senget ke tepi,
           Mata dah layu otak dah pening,
           Jom la balik tunggu apa lagi.

Najib : Pi kedai beli maggi,
           Tengok-tengok beli baju,
           Sabaq sat ja lagi,
           Kejap lagi balik laju-laju.

Dira : 1 minit terasa 1 dekad,
          Diri ini makin malas,
          Wahai sir Hasmad,
          Cepat-cepatlah habiskan kelas. :)

Diana : Pagi-pagi pergi pasar tani,
           Tengok-tengok ada bayam,
           Sir cakap apa ni,
           Satu pun aku tak faham.

Najib : Kaki kena sengat si puyu,
           Makan-makan si lada,
           Hati semakin merayu,
           Bila nak habis daa...

Haha, kelakar kan pantun kitorang? Tak pernah dibuat orang.. Siap campur-campur bahasa lagi.. Macam tom yam campur... Hehehe... Inilah saat menggila yang paling best sekali bersama Diana dan Najib.. Hehe, korang selalu buat aku happy.. Masa ni Dira tengah sedih, so bila main-main dengan Diana dan Najib, Dira jadi happy balik.. Sayang korang sangat-sangat.. Hehehe... :)

Wednesday 20 February 2013

Masquerade

Assalamualaikum.. Ha, jawab salam dulu.. Hehe.... Hurm, kenapa tiba-tiba Dira mention pasal masquerade ni? Saja-saja.. Dira suka berangan nak pakai gaun kembang macam kat masquerade party tu. Cantik gila.. Tapi baju je la yang cantik, bukan Dira... Hehehe...
Rasa teringin nak pakai tu, terpaksa ditangguhkan dulu sebab bajet tak cukup nak beli satu baju. Mesti harga beratus-ratus kan? Dahlah gaun kembang, lepas tu, blink-blink pulak... Aduyai, di mana aku mau cekau duit ni? Jom tengok gambar-gambar masquerade dress & mask :-





Cantik-cantik belaka kan? Tu belum make-up lagi.. Jom tengok make-up nya pulak.. :)


Tudia.... Amek hang.. Nampak ganaih ngat aih tona dia tu... Heheheh... :)
Dira stop sini dulu la deh... Nak bersiap.... :) Assalamualaikum...

Saturday 16 February 2013

Reunion at Putrajaya

Assalamualaikum.. Lama Dira tak post cerita yang agak best laa jugak kan? Hehe, Dira baru balik dari Putrajaya+Kuala Lumpur. Buat reunion dengan kawan-kawan sekelas dan geng Dira masa sekolah dulu. Hari Isnin (11/02/2013) Dira dan kawan-kawan sekelas buat reunion kat Bangi Village. Makan steamboat tomyam. (Macam tau-tau aje Dira nak makan tomyam...Hehe...) Ala, gambar tak ambik pulak sebab Dira lupa nak bawak kamera. Ngee~~
Lepas tu, Dira reunion pulak dengan geng Dira masa sekolah. Hari Rabu (13/02/2013) Dira keluar dengan Syazrin dulu, teman dia hantar classmate dia and ajar dia akaun. Haha, Dira dah lama tak jadi cikgu... Lepas tu, kitorang ambik Hanis dan Zawani. Pergi lepak sekejap kat P11. Then, kitorang pergi Dataran Putrajaya... Lepak-lepak, ambik gambar... aktiviti wajib kitorang, merepek yang bukan-bukan... Bila nak kahwin lah, bila nak tunang lah.. Amboi, koranglah kahwin dulu, pastu baru aku kahwin... ngeh-ngeh-ngeh.....
Hanis, Syazrin, Zawani and Dira nak kahwin kat sini nanti... Masjid Besi <3
yang aku tak abis-abis buat 'peace'.. trademark best friend aku..
lama tak jumpa korang kan.... rindu gila kat hangpa...
dah mula menggila... hehehe...
Entah bila lagi dapat jumpa korang lagi.... Aku mesti rindu saat 'menggila' dengan korang semua... Love you guys very much...
Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira