Thursday 1 August 2013

Iftar MPP+SMF

Assalamualaikum... Hye semua.. Lama tak post kat sini kan... Dira busy dengan study sikit... Sebab, banyak assignment diberi oleh lecturer sebelum cuti raya.. Hai, macam tak bagi cuti raya aje kan.. Habis aje cuti ni, banyak test-test menunggu+assignment untuk dihantar..
Hari Selasa (30 Julai 2013) hari tu, Dira join majlis berbuka puasa beramai-ramai dengan MPP and SMF. SMF tu apa? aduhai, sebagai exco SMF, Dira rasa sedih sebab nama SMF tak se'glamour'  MPP. SMF adalah singkatan kepada Sekretariat Mahasiswa Fakulti. Kira macam pembantu MPP la.. Huhuhu...
Kitorang makan kat Tanjung Dawai.. Nama restoran tu tak ingatlah.. Tapi makan kat tepi pantai.. Sementara tunggu buka puasa, kitorang sempat ambik-ambik gambar kenangan.. Macam-macam gaya ada tau... Hehehehe...
Dira pun, sempat jugak kutip kulit siput. Banyak jugaklah.. Masa makan tu, boleh pulak ada dua orang ni bergaduh.. Hai, gaduh-gaduh manja sampai Dira pun tak tahan gelak tengok kerenah diorang. Masa tu Dira duduk sebelah Min, lagi lah dok gelak tak sudah-sudah sebab Min ni tak habis-habis buat lawak...
Disebabkan kitorang makan kat tepi pantai, ada yang ingat bunyi ombak tu macam bunyi hujan... Hahaha, lagilah gelak tak sudah kan... Heeee, Dira tak nak lah sebut siapa... Biarlah rahsia.. Hanya kami yang berada di situ sahaja yang tahu... :)
With Diana.. Waaa, spec Dira senget laa.. Hehehe... :)

-Dira Diana BFF- (Sebenarnya BFF Dira, ialah Diana dan Najib.. :)

Mencari-cari kulit siput untuk dibuat souvenir.. :)

MPP & SMF UiTM Kedah

Happy je muka masing-masing kan..
Akhir kata, seronok sangat malam tu... Sampai aje rumah, tahu nak terkam katil aje.. hehehe... Hopefully, dapat kumpul ramai-ramai lagi macam ni untuk masa akan datang.. Insya-Allah.. :)

No comments:

Post a Comment

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira