Thursday 17 October 2013

Jodoh Itu Milik Kita, Kampung Girl & Mr Arrogant!

Assalamualaikum.. Hehe, lama gilee tak update.. Ha, apa benda laa tajuk kat atas tu ye? Ha, jangan salah faham pulak.. Tiga-tiga tu tajuk drama adaptasi novel yang tengah hangat di televisyen sekarang... Dira layan jugak tau drama-drama ni.. Ehehehe... Kalau tak tengok kat tv, Dira download je cerita ni.. Seronok jugak download-download movie ni...
Drama Jodoh Itu Milik Kita adaptasi dari novel tajuk yang sama.. Peneraju utama, Farid Kamil and Tiz Zaqyah.. Pehh, memang sweet laa diorang dalam cerita tu.. Tapi kan, yang buat Dira geram sangat, watak Syafiq lakonan Syazwan Zulkiply (entah betul ke tak nama dia eja macam ni).. Sangat-sangat kurang ajar, sangat-sangat gila.. Tabik lah sebab berjaya buat orang BENCI GILA dengan watak ni..
Dira tak ada lagi novel ni, jadi tak tahu jalan cerita dia macam mana.. Hurm, rugi..rugi..rugi...
Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita
Ha, next drama is Kampung Girl. Ha, cerita ni pun best gila.. Tiap-tiap hari Jumaat, mesti terpacak depan tv, nak tengok drama ni.. Kelakar ada, romantik pun ada.. Pelakon utama : Akim and Nad Zainal. Seronok gila tengok diorang berlakon, macam bercinta betul-betul pun ada.. Hehehhee... Drama ni, Dira ada novelnya.. Dah berpuluh-puluh kali baca, tak jemu-jemu.. Dramanya pun tak jemu-jemu jugak tengok, walaupun ada beberapa scene yang tak ada dalam novel, diadakan dalam drama... Terbaikkk...!!
Sinopsis Kampung Girl
Drama yang satu lagi ni mesti ramai yang layan jugak kat TV3 kan... Setiap hari Isnin-Khamis, Dira and family mesti tengok drama Love You, Mr Arrogant.. Cerita ni, daripada lima bintang, Dira bagi full.. Sebab apa? Sebab cerita yang sangat menarik.. (Dua-dua cerita yang kat atas pun Dira bagi lima bintang jugak.. Hehehe) Pelakon pun hebat sangat dapat bawak watak dengan baik lebih-lebih lagi si hero, Azlee Khairi..(dia pun ada berlakon dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia sebagai Raimy) Heroinnya, Zara Zya.. Suka sangat tengok scene gaduh-gaduh manja diorang tu.. And mesti ramai jugak tak suka dengan watak Sherry (Hanez Suraya) tu kan.. Hm, Dira pun tak suka... Menyampah tengok... Make-up nya bapak tebal.. Tak rimas ke..?? Hehehe... Oppss..! Tak suka jugak dengan watak mama and kakak Irham tu.. Suka pandang rendah kat orang miskin.. Ish, sakit hati eden ni...
Sinopsis Love You, Mr Arrogant

Ha, udah-udah laa tu yer... Hehe, sampai sini ajelah Dira bebel hari ni.. Esok-esok sambung lagi.. :) Bye, assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira