Tuesday 4 June 2013

Cuti Nak Habis !

Assalamualaikum.. Lama tak singgah blog ni.. Hurm, dah berhabuk.. Jap-jap.. Nak sapu dulu.. Hehehe... Ha, dah sapu dah, dah bersih dah pun.. :)
Hurm, diam tak diam, cuti semester dah nak habis.. Apa yang Dira buat masa cuti ni? Dira ambik lesen motor. Ha, nilah keputusan yang sangat-sangat nekad, akhirnya berjaya jugak tapi berjaya bawak motor aje la. Test JPJ belum lagi, sebab tak sempat. Dapat lesen L pun jadi la, asalkan boleh jalan kat jalan raya.
Takut jugak waktu Dira nak bawak motor kat jalan raya.. Tapi, kenalah berani kan? Kat Merbok nanti Dira kena bawak sendiri jugak..
Mak Dira pun belikan motor untuk Dira. Motor apa? Biasa aje. Modenas MR1. Seronok jugak bawak motor ni. Hehehe, terima kasih mak.. :)
Warna merah pilihan hati.. Hehehe.. :)
Cakap pasal cuti nak habis, tak lama lagi, bermulalah semester lima bagi Dira. Tengok subjek nya macam mencabar sangat. Biasalah, makin lama, makin susah levelnya. Tak sabar ada, rasa takut pun ada jugak... Tapi, kira okeylah setakat ni ikut flow. Bila yang lain semester lima, Dira pun naik semester lima. Hehehe.... :)
Hopefully, Dira dan kawan-kawan yang lain boleh go through dengan semester akan datang ni.. Insya-Allah... :)

No comments:

Post a Comment

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira