Wednesday, 2 January 2013

Berubah

Assalamualaikum.. Ehem-ehem, post yang pertama pada tahun baru 2013.!!! Rasanya belum terlambat lagi Dira nak ucapkan Happy New Year kepada semua... And of course, happy belated birthday to Colin Morgan a.k.a Merlin.. Hehe, semalam birthday dia ok? Ewah..ewah....
Mulai tahun baru ni, Dira nak berubah supaya jadi lebih baik, nak rajin-rajin, nak aktif, nak lebihkan pelajaran lebih daripada cinta, nak hidup berlandaskan Islam semata-mata.. Bukan bermakna Dira tak mengikut landasan Islam eh sebelum ni.. Cuma nak jadi lebih baik aje.. Insyaallah, niat Dira akan buatkan Dira berusaha untuk mencapainya... :)
Satu lagi perubahan yang Dira nak buat, Dira tak nak jatuh cinta lagi dah.. Memey laa Dira muda lagi, tapi pengalaman lepas buatkan Dira jadi takut pulak nak bercinta lagi... Well, bila dah banyak kali kecewa, dah boleh agak dah hati Dira ni boleh jadi macam mana kan? Hik...hik..hik... :)
How about 'capital A'?
Hurm, Dira tak tahu nak komen apa... Dah lama tak dengar cerita dia, tapi Dira harap dia baik-baik saja... Yelah, sebagai kawan kan kita patut doakan yang baik-baik untuk kawan... Betul ke Dira anggap dia macam kawan.?? Entah.... Biarlah hanya Allah aje yang tahu, sebab Dira sendiri tak berapa sure dengan perasaan sendiri... Kadang-kadang ada rasa sayang, kadang-kadang ada rasa marah...
Sejak belakangan ni, Dira selalu sangat menangis.. Setiap kali Dira duduk sorang-sorang dalam bilik, mesti Dira rasa kesepian.. Dan sebabkan kesepian tu, air mata Dira laju aje mengalir tambah-tambah bila teringatkan 'capital A'...
Bila lepas nangis, mesti Dira jadi tak betul.. Contohnya Dira suka mengusik kawan-kawan... Bukan macam selalu, tapi melebih-lebih pulak.. Kesian kat kawan Dira, Eme.. Selalu kena usik dengan Dira.. Hehehe... Sorry ya, Eme... Dira tak tahu nak usik siapa lagi.. Hehe.. ;)
Kadang-kadang Dira termenung sorang-sorang, dengar lagu cinta sikit, mulalah start drama air mata... Sebab apa? Semua sebab seorang lelaki yang sangat-sangat Dira sayang+cinta... Dira tak pernah sayang or cintakan sesiapa sampai macam ni sekali..
Sebab tu Dira nak buangkan jauh-jauh perasaan cinta tu.. Dira tak nak lagi sengsara or menderita or terseksa or yang sewaktu dengannya lah... Dira dah penat! Penat sangat-sangat!!! (Eh, tetiba emo.. Sorry maa... hehehe :))
Sampai sini dululah ye Dira tulis kat blog ni.. Nanti makin banyak pulak yang terbongkar rahsia Dira... hehehe... Shhh....diam-diam sudaa.... See you guys soon.. :)

2 comments:

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira