Friday 14 March 2014

Please Come Back, MH370

Assalamualaikum.. Di mana sebenarnya MH370? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

Genap 7 hari (seminggu) MH370 hilang tanpa kesan.. Sebenarnya, Dira ikut jugak perkembangan pesawat ni.. Sebabnya, Dira memang suka kapal terbang... So, apa-apa cerita pasal kapal terbang, Dira memang minat nak tahu.. MH370 gemparkan dunia dengan berita kehilangannya yang tanpa kesan..

Ya ALLAH, besar sungguh kuasa-Mu.. Dira cuma mampu doakan untuk keselamatan semua yang berada dalam pesawat tu.. Setiap kali terbaca info tentang MH370, terasa sedih sangat.. Dira selalu terbayang, kalaulah orang-orang yang Dira sayang ada dalam pesawat tu, macam mana agaknya ya? Wallahualam..

Setiap kejadian, pasti ada hikmah-Nya... Mungkin juga ALLAH 'ambil' MH370 supaya kita terus berdoa dan berharap pada-Nya... Kerana hanya kepada ALLAH yang sepatutnya kita mengadu dan meminta... Kita sebagai hamba, dan ALLAH sebagai Tuhan kita, umat Islam... Berusaha, Bertawakkal dan Berdoa....

MH370, kami semua rakyat Malaysia tunggu kepulangan awak ke sini..... Walau apapun keadaan awak, kami tetap akan tunggu awak, MH370... Kami akan bantu dengan doa kerana doa senjata orang mukmin....


#pray for MH370

No comments:

Post a Comment

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira