Sunday, 9 June 2013

Semester 5

Assalamualaikum. Hye, readers.! Hari ni, hari pertama Dira kuliah selepas 2 bulan cuti semester. Semester ni, agak mencabar jugak sebab :-

  1. Duduk kat rumah sewa
  2. Kena bawak motor sendiri ATAS jalan raya ! hehehe
  3. Subjek tersangatlah banyak
  4. Kena sesuaikan diri dengan persekitaran yang tak sama macam kat asrama
Hai, nampak macam simple aje kan? Tapi yang Dira paling takut, yang nombor 2 tu. Bukan Dira tak pernah naik motor atas jalan raya, tapi agak cemas la. Tapi mak cakap, bawak slow-slow, tengok kenderaan lain, dah kira okey. Yang penting kena bagi isyarat sebelum membelok! Hurm, Dira cuma boleh doa dan tawakal aje semoga Allah melindungi Dira daripada bahaya. Amiinn... :) -Tolong amiin kan.. Kan doa sahabat dimakbulkan Allah.. Hehehe..-
Ha, lagi satu, duduk kat rumah sewa kira okeylah. Kakak-kakak senior (degree) baik sangat (walaupun eden baru sampai pagi tadi) Ada jiran yang Dira kenal, kak Mira. Dia sekampung dengan Dira. Hehehe.. Ada jugaklah yang Dira kenal dekat-dekat sini, boleh sembang kalau tak ada apa-apa hal.. :)
Kelas Dira? Aduhai, bab hari Isnin memang tak boleh bla... First, kena pakai baju kurung. Second, jadual yang memang pack gila. Dari pagi sampai petang. Gap tu memang ada, tapi macam bazir minyak lah nak kena ulang-alik dari rumah ke UiTM. Hari Rabu tak kisah sangat sebab pakaian bebas. Bab baju kurung memang Dira fail.
Tak pandai nak pakai. Bila pakai, kena control ayu. Adui, tak suka sangat! Kalau boleh, nak pakai baju kurung bila kahwin nanti. Ngeh-ngeh-ngeh... Ada ke orang nak kahwin dengan Dira ni.... :P
Okeylah, sampai sini dulu Dira bebel pasal semester lima ni. Ada story baru, pasti akan Dira post kat sini.. Bye, assalamualaikum.. :)

No comments:

Post a Comment

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira