Monday, 24 June 2013

Aktiviti

Assalamualaikum.. Hye semua..! Hurm, sorry lama tak update blog ni.. Bukan apa, sibuk sikit. Haha, sikit ke banyak ke, still sibuk okey? XD
Dira baru selesaikan aktiviti PC Fair yang diadakan pada 16-19 Jun baru-baru ni.. Punyalah excited sebab jadi urusetia sampai lupa birthday mak Dira pada 17 Jun hari tu.. Huhuhu.... Tapi dah wish dah.. Seronok tau bila kita ambik bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.. Dalam hati, Dira menyesal sikit sebab masa sekolah dulu tak sempat join banyak aktiviti. Kalau ada pun, tolong-tolong cikgu mengecat kawasan sekolah dengan Kak Adzlina, Haji Asyraf dengan Papa Aus. Hehehehe....
Jadual PC Fair
At least, ada lah sumbangan sikit-sikit kan kat sekolah? Hehehe...

PC Fair ni, Dira just duduk-duduk aje... So, tak adalah penat sangat.. Sikit-sikit je.. Hehehehe...
-PC Fair-
Aktiviti kedua yang sedang berlangsung, Speaker Centre. Ha, ni mesti ingat Speaker Centre ni macam berpolitik kan? Sebenarnya tak.. Tajuk yang dibahaskan tak menjurus ke arah politik sangat.. Bukan buat demonstrasi bagai.. Mahasiswa-mahasiswi sebenarnya boleh bercakap di hadapan semua orang kan? So, ni salah satu inisiatif yang MPP buat.. Err... Dira tengok dari sudut tu.. Tak tahulah kalau semua tengok macam manakan? Huhuhu...
Poster Speaker Centre

Tiket Filem Karah 1 dan Karah 2
Sambil-sambil Speaker Centre ni berlangsung, Dira tolong jualkan tiket untuk filem 'Karah 1' dan 'Karah 2' yang dilakonkan oleh student-student UiTM Dungun (eh, UiTM Syazrin lah! Hehehe....) Filem Karah tu apa benda? Filem hantu..!!! Hehehe.. Sesiapa yang berminat nak tengok, boleh dapatkan tiket okey? Ceh, promote sikit kat blog ni... :P
Habis aje aktiviti Speaker Centre ni, Dira join pulak aktiviti Family Day SRN a.k.a Sekretariat Rukun Negara.. Kali ni Family Day kami buat kat Carnival Theme Park.. Wah, main air tu... Dah lama Dira tak main air.. Hehehehe... Tak sabar pulak nak pergi hari Sabtu nanti... Malam tu ada buat BBQ pulak... Ha, sesiapa yang berminat nak ikut, cepat-cepat contact orang yang berkenaan ya? :)
Tempat terhad ! Siapa cepat, dia dapat ! :))

Sunday, 9 June 2013

Semester 5

Assalamualaikum. Hye, readers.! Hari ni, hari pertama Dira kuliah selepas 2 bulan cuti semester. Semester ni, agak mencabar jugak sebab :-

  1. Duduk kat rumah sewa
  2. Kena bawak motor sendiri ATAS jalan raya ! hehehe
  3. Subjek tersangatlah banyak
  4. Kena sesuaikan diri dengan persekitaran yang tak sama macam kat asrama
Hai, nampak macam simple aje kan? Tapi yang Dira paling takut, yang nombor 2 tu. Bukan Dira tak pernah naik motor atas jalan raya, tapi agak cemas la. Tapi mak cakap, bawak slow-slow, tengok kenderaan lain, dah kira okey. Yang penting kena bagi isyarat sebelum membelok! Hurm, Dira cuma boleh doa dan tawakal aje semoga Allah melindungi Dira daripada bahaya. Amiinn... :) -Tolong amiin kan.. Kan doa sahabat dimakbulkan Allah.. Hehehe..-
Ha, lagi satu, duduk kat rumah sewa kira okeylah. Kakak-kakak senior (degree) baik sangat (walaupun eden baru sampai pagi tadi) Ada jiran yang Dira kenal, kak Mira. Dia sekampung dengan Dira. Hehehe.. Ada jugaklah yang Dira kenal dekat-dekat sini, boleh sembang kalau tak ada apa-apa hal.. :)
Kelas Dira? Aduhai, bab hari Isnin memang tak boleh bla... First, kena pakai baju kurung. Second, jadual yang memang pack gila. Dari pagi sampai petang. Gap tu memang ada, tapi macam bazir minyak lah nak kena ulang-alik dari rumah ke UiTM. Hari Rabu tak kisah sangat sebab pakaian bebas. Bab baju kurung memang Dira fail.
Tak pandai nak pakai. Bila pakai, kena control ayu. Adui, tak suka sangat! Kalau boleh, nak pakai baju kurung bila kahwin nanti. Ngeh-ngeh-ngeh... Ada ke orang nak kahwin dengan Dira ni.... :P
Okeylah, sampai sini dulu Dira bebel pasal semester lima ni. Ada story baru, pasti akan Dira post kat sini.. Bye, assalamualaikum.. :)

Tuesday, 4 June 2013

Cuti Nak Habis !

Assalamualaikum.. Lama tak singgah blog ni.. Hurm, dah berhabuk.. Jap-jap.. Nak sapu dulu.. Hehehe... Ha, dah sapu dah, dah bersih dah pun.. :)
Hurm, diam tak diam, cuti semester dah nak habis.. Apa yang Dira buat masa cuti ni? Dira ambik lesen motor. Ha, nilah keputusan yang sangat-sangat nekad, akhirnya berjaya jugak tapi berjaya bawak motor aje la. Test JPJ belum lagi, sebab tak sempat. Dapat lesen L pun jadi la, asalkan boleh jalan kat jalan raya.
Takut jugak waktu Dira nak bawak motor kat jalan raya.. Tapi, kenalah berani kan? Kat Merbok nanti Dira kena bawak sendiri jugak..
Mak Dira pun belikan motor untuk Dira. Motor apa? Biasa aje. Modenas MR1. Seronok jugak bawak motor ni. Hehehe, terima kasih mak.. :)
Warna merah pilihan hati.. Hehehe.. :)
Cakap pasal cuti nak habis, tak lama lagi, bermulalah semester lima bagi Dira. Tengok subjek nya macam mencabar sangat. Biasalah, makin lama, makin susah levelnya. Tak sabar ada, rasa takut pun ada jugak... Tapi, kira okeylah setakat ni ikut flow. Bila yang lain semester lima, Dira pun naik semester lima. Hehehe.... :)
Hopefully, Dira dan kawan-kawan yang lain boleh go through dengan semester akan datang ni.. Insya-Allah... :)
Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira