Sunday, 17 March 2013

Drama Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum.. Ehem-ehem.. Kali ni Dira nak post pasal drama favourite Dira yang tengah tayang kat televisyen sekarang. Drama ni, salah satu drama adaptasi novel, terbitan daripada Buku Prima. Novel yang Dira memang minat sangat-sangat. Dira suka jalan cerita dia, ada yang kelakar, ada yang sedih dan ada yang romantik scene antara hero dan heroin novel.
Novel Cinta Kau Dan Aku
Drama Cinta Kau Dan Aku


Dalam drama adaptasi yang disiarkan setiap hari Khamis & Jumaat pukul 10 malam kat TV1 (ala, kenapa tv1 eh? kurang grand laa nanti.. hehehe..) Dira perasan daripada kebanyakan blog yang Dira baca yang ada post pasal entri drama ni, semua tak puas hati dengan pelakonnya.. Yang pegang watak Farisya tu, Sara Ali and yang pegang watak Farish Hakimi, Fizz Fairuz.
Hurm, sebenarnya, Dira ada jugak rasa tak puas hati, tapi yelah kan, mana nak cari orang yang betul-betul berkarakter sebijik macam dalam novel. Nama pun novel, imaginasi penulis mestilah tinggi... Takkan ada yang sama macam watak dalam novel. Dira tengok Sara Ali dengan Fizz Fairuz berlakon jadi Farisya-Farish Hakimi, okey aje pun.... Sweet je... :)
Sara Ali as Nur Farisya Iman
Fizz Fairuz as Farish Hakimi


Sweet ja kan depa dua ni... <3
Drama ni baru lepas episod 7. Another 6 episodes to go.. Bagi yang tak tahu sinopsis cerita ni, meh baca sinopsis di bawah :-

Kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah membuat Farish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya.  Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.
Sahabat baik yang sentiasa bersama tak kira susah atau senang... Hm, boleh tak Dira nak persahabatan Dira-Diana-Najib macam Farisya-Milah-Zack ni... :)
Nampak best kan sinopsis dia? Tapi kalau baca novel and tengok dramanya lagi best... ^_^ Eh, sampai sini dulu ya bebelan Dira... Nanti sambung lagi dengan cerita yang lain pulak... :)

No comments:

Post a Comment

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira