Tuesday, 30 April 2013

Cinta Monyet

Assalamualaikum.. Hurm, siapa yang tak pernah melalui fasa cinta yang dikenali sebagai cinta monyet? Dira tak terkecuali tau.. Hehe, tapi tu semua cerita lama.. Suka duka, semuanya tetap dalam ingatan.. Masa sekolah dulu, Dira pernah suka kat tiga orang lelaki.. Dua orang tu paling lama perasaan Dira bertahan kat diorang pun setahun aje.. Tapi, ada sorang boy ni, dari Form 3 sampai ke Form 5 Dira suka kat dia.. Siapakah dia? Biarlah rahsia...
Hehe, bukan nak berahsia sangat... Tapi, dah nama pun cinta monyet kan? Apa guna nak cerita lebih-lebih.... Huhuhu... Sepanjang Dira kenal dengan dia, banyak yang Dira lalui.. Yang membuatkan Dira jadi lebih kuat bila berdepan dengan cinta..
Dalam diary ni Dira ceritakan semua apa yang Dira lalui dengan dia.. Dah lama Dira tak tengok diary ni... Sebabnya Dira tak nak ingat langsung pasal dia.. Tapi, hari ni, Dira terbaca balik diary ni.. Senyum-senyum pulak Dira sebab banyak insiden lucu yang berlaku... Well, semua orang mesti ditemukan dengan orang yang salah dulu kan sebelum bertemu dengan orang yang betul.. Hurm, Dira tak mengharap apapun.. Just harap dia boleh terus jadi kawan Dira... Sama macam Dira treat 'capital A' sekarang..
How about 'capital A'?
Dira dah lepaskan dia pergi.. Tiap kali Dira baru nak menangis pasal teringatkan dia, mesti Dira ingat apa yang Najib bagitahu kat Dira.. Sampai bila nak menangis? Hurm, betul jugak tu kan? Dira pun dah penat nak menangis lagi..
Eh, sudahlah.. Ha, ni last entry yang Dira tulis pasal cinta.. Lepas ni, tak dak ok? Dira tak nak main dengan cinta lagi dah... Dah serik maa... Hehehe... :)

Digimon Adventure

Assalamualaikum.. Hye, semua! Kali ni, Dira nak story-mory pasal kartun yang Dira memang minat gila masa zaman sekolah dulu.. Siapa yang pernah tengok kartun Digimon? Hurm, Dira tengok tapi untuk dua season je, Digimon 01 dengan Digimon 02. Sebab Dira rasa dua season ni aje yang best. Hehehe... :) Dira ada jugak sampai lukis-lukis watak digimon yang ada. Eh, bukan Dira aje... Tapi kawan sekolah Dira, Wani pun lukis jugak kartun tu.. Hehe.. Memang budak-budak betul..
Sampai sekarang Dira still melayan lagi kartun digimon tu. Ha, tipulah kalau Dira kata tak ada yang menarik perhatian Dira dalam Digimon tu. Dira paling minat sekali, watak Gomamon... Camne rupa dia? Ha, try tengok gambar bawah ni :-
Ha, nilah Gomamon.. Comel kan dia? <3
Setiap kali tengok kartun Digimon ni, mesti Dira tengok si comel ni dulu.. Pastu baru perhati kat digimon-digimon yang lain. Ngeh-ngeh-ngeh.... Gomamon ni, selain COMEL, dia pun kelakar..dan nakal jugak. Kebanyakan aksi nakal Gomamon ni boleh buat Dira ketawa bila tengok dia... Hehehe... :)
Partner dia, Kido Jyou.. Orangnya serius, tapi boleh diharap... Kadang-kadang, sikap serius dia tu boleh buatkan orang ketawa bila tengok dia. *Psstt, Dira suka tau orang yang kelakar* :D
Digimon Adventure 01
Digimon Adventure 02
Gomamon pun ada tau dalam Digimon 02 ni.. Hehe.. :) Bagi peminat Digimon 01, nak download cerita ni, pergi ke Digimon 01
Nak dengar lagu-lagu dia pun boleh...
Brave Heart
Butterfly
Break Up
Keep On
I Wish
Target
Seven
*yang ni aje Dira dapat cari.. kalau nak lagi, boleh search kat youtube ok? :)

Ok, tu aje yang Dira nak cerita.. Ada masa, Dira post lagi ok? :) Bye-bye..;)

Saturday, 13 April 2013

Tamat Semester 4

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ni, 13 April 2013 tepat jam 12 tengah hari, Dira dan kawan-kawan telah merdeka.. Hehe... Final exam baru sahaja selesai, semua orang pakat nak balik kampung.. Huhu, dah lama tak balik rumah.. Padahal baru study week hari tu Dira balik rumah.. Hehehe.
Hurm, cuti ni Dira nak buat apa ek? Dira plan nak ambik lesen motor. Ha, percaya tak, dari habis Form 5 sampai sekarang Dira tak ada lesen kenderaan lagi. Hahaha,, bangga lah pulak... :D Semua sebab sifat takut nak bawak kereta/motor... Apa da... Tak logik punya alasan kan?
Kali ni, Dira betul-betul nekad nak ambik lesen motor. Jealous tau tengok kawan-kawan Dira naik motor.. At least, kalau ada transport, Dira boleh ke mana-mana aje. Hehehe... :)
Ada jugak ingat nak datang Putrajaya lagi. Nak tengok anak buah baru.. Tapi bila fikir pasal nak ambik lesen ni, Dira tangguhkan dulu.. Insyaallah, kalau ada masa, boleh datang melawat saudara-mara and kawan-kawan Dira kat sana.. Putrajaya tu dah macam kampung pulak pada Dira.. Hehehe.. :) Miss Putrajaya.... :'(
Kepada kawan-kawan Dira, especially Diana and Najib, take care ok? Selamat bercuti dan elok-elok balik rumah tu... :)

Monday, 1 April 2013

Final Exam Semester 4

Assalamualaikum.. Hurm, lama Dira tak update blog kan? Bukan busy mana pun.. Memang Dira tengah final exam sekarang, tapi macam biasa, kita tak boleh terlalu nervous nanti apa yang dibaca terlupa pula.. Betul kan? Hehe, dari sekolah lagi Dira ajar minda Dira macam tu.. Jangan terlalu nervous, dan jangan terlalu condifent  confident eh... Haha..
Terlalu nervous sangat tak boleh, terlalu yakin pun tak boleh jugak... Apa yang penting, fikiran kena tenang... Berzikir banyak-banyak, selawat banyak-banyak... Insya-Allah.., hati kita tenang... Ehem, sekejap aje dah final exam untuk semester 4 kan? Diam-tak-diam, lagi dua semester untuk Dira tamatkan diploma..
Harapan Dira untuk semester 4 ni, janganlah ada repeat subject.. Dira tak kisah pun berapa result Dira sebenarnya, sebab Dira tahu tu semua rezeki masing-masing... Kalau dapat dean list, alhamdulillah.. Kalau tak dapat dean list, tu semua rezeki daripada-Nya... :)
Eh, baru lepas satu paper dah cerita pasal result.. Hehe, relax ok? Another 3 papers to go... Esok, paper Costing menanti... Wah, Dira suka gila subjek ni... Hehehe... :) Papepun, wish me luck keyh? Luv u alls... <3
Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira