To : 'capital A' :-
maafkan saya yg selalu buat awak marah,
maafkan saya yg selalu ganggu awak,maafkan saya yg selalu menjadi beban awak,maafkan saya yg selalu merindui awak,maafkan saya yg tak boleh menjauh dari awak,maafkan saya yg terlalu mencintai awak,maaf kalau saya tak seperti yg awak inginkan :')
From : saya
Wednesday, 27 February 2013
Sunday, 24 February 2013
Bila Bosan Dalam Kelas....
Assalamualaikum.. Tadi, Dira kemas-kemas laci, tiba-tiba terjumpa sehelai kertas... Ha, bukan surat cinta ok? Hehehe... Tapi surat pantun oleh cik Dira, cik Diana and encik Najib.. Masa tu, kitorang punya bosan nak tunggu kelas habis.. Biasalah, hari Khamis kan? Kelas last pulak tu... Nak pergi KPO lagi lepas tu.. Mesti tak sabar-sabar nak balik... Hehe... Kitorang bosan-bosan dalam kelas, kitorang tulis-tulis pantun... Dira yang start dulu, then Diana... Lepas tu tarik Najib main sekali... Hohoho....
Tak nampak eh apa yang kitorang tulis? Tak apa...tak apa.. Dira tulis balik ok? Hehe...
Dira : Pak Abu si perut buncit,
Beliau bukak kedai runcit,
Jalan-jalan kaki terlecet,
Buat susah cucu cicit.
Diana : Jalan-jalan buncit di depan,
Buncit jalan tak pernah di belakang,
Tiba di tepi terjumpa pondan,
Lari buncit lari masuk lubang.
Najib : Jalan-jalan jumpa si nyonya,
Hari-hari jalan sana sini,
Saya nak tanya,
Cerita apakah ini.
Dira : Adik kecik tertumpahkan lotion,
Nak sembunyi terkantoi dengan mama,
Ini cerita menghilangkan tension,
Mari gelak sama-sama... :P
Diana : Mak Minah jalan perutnya bunting,
Terkangkang-kangkang senget ke tepi,
Mata dah layu otak dah pening,
Jom la balik tunggu apa lagi.
Najib : Pi kedai beli maggi,
Tengok-tengok beli baju,
Sabaq sat ja lagi,
Kejap lagi balik laju-laju.
Dira : 1 minit terasa 1 dekad,
Diri ini makin malas,
Wahai sir Hasmad,
Cepat-cepatlah habiskan kelas. :)
Diana : Pagi-pagi pergi pasar tani,
Tengok-tengok ada bayam,
Sir cakap apa ni,
Satu pun aku tak faham.
Najib : Kaki kena sengat si puyu,
Makan-makan si lada,
Hati semakin merayu,
Bila nak habis daa...
Haha, kelakar kan pantun kitorang? Tak pernah dibuat orang.. Siap campur-campur bahasa lagi.. Macam tom yam campur... Hehehe... Inilah saat menggila yang paling best sekali bersama Diana dan Najib.. Hehe, korang selalu buat aku happy.. Masa ni Dira tengah sedih, so bila main-main dengan Diana dan Najib, Dira jadi happy balik.. Sayang korang sangat-sangat.. Hehehe... :)
Wednesday, 20 February 2013
Masquerade
Assalamualaikum.. Ha, jawab salam dulu.. Hehe.... Hurm, kenapa tiba-tiba Dira mention pasal masquerade ni? Saja-saja.. Dira suka berangan nak pakai gaun kembang macam kat masquerade party tu. Cantik gila.. Tapi baju je la yang cantik, bukan Dira... Hehehe...
Rasa teringin nak pakai tu, terpaksa ditangguhkan dulu sebab bajet tak cukup nak beli satu baju. Mesti harga beratus-ratus kan? Dahlah gaun kembang, lepas tu, blink-blink pulak... Aduyai, di mana aku mau cekau duit ni? Jom tengok gambar-gambar masquerade dress & mask :-
Cantik-cantik belaka kan? Tu belum make-up lagi.. Jom tengok make-up nya pulak.. :)
Tudia.... Amek hang.. Nampak ganaih ngat aih tona dia tu... Heheheh... :)
Dira stop sini dulu la deh... Nak bersiap.... :) Assalamualaikum...

Saturday, 16 February 2013
Reunion at Putrajaya
Assalamualaikum.. Lama Dira tak post cerita yang agak best laa jugak kan? Hehe, Dira baru balik dari Putrajaya+Kuala Lumpur. Buat reunion dengan kawan-kawan sekelas dan geng Dira masa sekolah dulu. Hari Isnin (11/02/2013) Dira dan kawan-kawan sekelas buat reunion kat Bangi Village. Makan steamboat tomyam. (Macam tau-tau aje Dira nak makan tomyam...Hehe...) Ala, gambar tak ambik pulak sebab Dira lupa nak bawak kamera. Ngee~~
Lepas tu, Dira reunion pulak dengan geng Dira masa sekolah. Hari Rabu (13/02/2013) Dira keluar dengan Syazrin dulu, teman dia hantar classmate dia and ajar dia akaun. Haha, Dira dah lama tak jadi cikgu... Lepas tu, kitorang ambik Hanis dan Zawani. Pergi lepak sekejap kat P11. Then, kitorang pergi Dataran Putrajaya... Lepak-lepak, ambik gambar... aktiviti wajib kitorang, merepek yang bukan-bukan... Bila nak kahwin lah, bila nak tunang lah.. Amboi, koranglah kahwin dulu, pastu baru aku kahwin... ngeh-ngeh-ngeh.....
Entah bila lagi dapat jumpa korang lagi.... Aku mesti rindu saat 'menggila' dengan korang semua... Love you guys very much...
Lepas tu, Dira reunion pulak dengan geng Dira masa sekolah. Hari Rabu (13/02/2013) Dira keluar dengan Syazrin dulu, teman dia hantar classmate dia and ajar dia akaun. Haha, Dira dah lama tak jadi cikgu... Lepas tu, kitorang ambik Hanis dan Zawani. Pergi lepak sekejap kat P11. Then, kitorang pergi Dataran Putrajaya... Lepak-lepak, ambik gambar... aktiviti wajib kitorang, merepek yang bukan-bukan... Bila nak kahwin lah, bila nak tunang lah.. Amboi, koranglah kahwin dulu, pastu baru aku kahwin... ngeh-ngeh-ngeh.....
Hanis, Syazrin, Zawani and Dira nak kahwin kat sini nanti... Masjid Besi <3 |
yang aku tak abis-abis buat 'peace'.. trademark best friend aku.. |
lama tak jumpa korang kan.... rindu gila kat hangpa... |
dah mula menggila... hehehe... |
Tuesday, 12 February 2013
Pantun 2 Kerat
Assalamualaikum.. Sejak bila pulak Dira suka main pantun-pantun ni? Hehe... Sekarang ni pun nak buat pantun, spontan je. Yang tak masuk akal pun ada jugak.. Selalunya, Dira main-main pantun ni dengan Diana and Najib aje. Haha, untungla nama Najib.. (Ayat siapakah? Biarlah rahsia.... ;)) Tiba-tiba datang pulak idea nak tulis pantun 2 kerat kat post kali ni..
- Pergi bershopping dengan Nani, saya gembira hari ini.
- Hari-hari check emel, Ammar Faris sangat comel.
- Pi tanjung dengan tok wan, saya rindu kawan-kawan.
- Malam-malam sakit gigi, boleh kita jumpa lagi?
- Masuk hutan lastik burung belatuk, tiba-tiba pulak mengantuk.
- Cari pasal dengan hantu kum-kum, sudah dulu ya Assalamualaikum... :))
Thursday, 7 February 2013
Masih Adakah Cinta?
Assalamualaikum.. Hari ni, Dira sedih sangat-sangat. Bila teringatkan 'capital A', Dira jadi sedih. Dira masih tak dapat lupakan dia. Dira tahu, Dira masih sayang dan cintakan dia. Kenapa susah sangat Dira nak lupakan dia? Kenapa susah sangat Dira nak buang perasaan cinta tu dari hati Dira? Dira tahu, tak ada guna kalau kita terus cintakan seseorang yang bukan milik kita. Dah banyak kali Dira menangis, sampaikan mata Dira dah bengkak.....
Hati Dira perlahan-lahan jadi beku. Perlahan-lahan cuba menolak jauh-jauh rasa cinta yang cuba untuk hadir. Perlahan-lahan jadi tak berperasaan. Adakah sebab Dira dah terlalu banyak kali kecewa? Entahlah... Dira sendiri tak pasti.. Dira dah nekad, mulai daripada hari ni, Dira dah tak nak bercinta lagi. Hanya nak fokus pada study dan ibadah yang masih lagi perlu diperbaiki...
Dira tak sanggup kena tipu lagi, tak sanggup dipermainkan lagi, dan tak sanggup nak kecewa lagi... Cukuplah empat kali ni... Sebab Dira tahu, cinta tu tak ada untuk Dira dan cinta tu menyakitkan Dira... Selamat tinggal, cinta....

Tuesday, 5 February 2013
Kemaafan Dendam Yang Terindah
Assalamualaikum.. Dah lama Dira tak update blog. Dira baru balik dari Kem KEDA Bendang Man Resort sebab ada Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dengan MPP, SMF dan kelab-kelab persatuan kat UiTM Kedah. Dira happy sangat masa kursus tu sebab dapat ramai kawan baru.
Tapi, Dira terlampau happy sampaikan Dira dah sakitkan hati sahabat baik Dira. Dira betul-betul tak sedar apa yang Dira buat tu dah lukakan hati dia. Dira mintak maaf dengan dia, dan dia maafkan Dira. Alhamdulillah...
Bagi Dira, selagi orang tak maafkan kesalahan Dira pada dia, selagi tu Dira tak tenang. Dan pasti ramai yang rasa macam tu. Bila dia cakap dia maafkan Dira, barulah Dira rasa lega. Rasa beban bersalah tu pergi perlahan-lahan, walaupun masih ada sisa rasa bersalah tu....
Dira berharap jugak, bapa saudara dan mak saudara Dira yang sebelah Johor tu dapat maafkan kesalahan Dira selama ni. Dira tahu, Dira bersikap kurang ajar. Dira maafkan kesalahan diorang... Kata orang, kalau kita nak orang maafkan kesalahan kita, kita kena maafkan kesalahan orang lain pada kita. Insyaallah, Allah akan lembutkan hati orang-orang yang pernah kita sakiti untuk memaafkan kita..
Okay, gambar yang tak ada kena mengena dengan tajuk post kali ni. Ni gambar masa hari terakhir KPO kat Bendang Man.. Seronok sangat... :) |
Bagi Dira, selagi orang tak maafkan kesalahan Dira pada dia, selagi tu Dira tak tenang. Dan pasti ramai yang rasa macam tu. Bila dia cakap dia maafkan Dira, barulah Dira rasa lega. Rasa beban bersalah tu pergi perlahan-lahan, walaupun masih ada sisa rasa bersalah tu....
Dira berharap jugak, bapa saudara dan mak saudara Dira yang sebelah Johor tu dapat maafkan kesalahan Dira selama ni. Dira tahu, Dira bersikap kurang ajar. Dira maafkan kesalahan diorang... Kata orang, kalau kita nak orang maafkan kesalahan kita, kita kena maafkan kesalahan orang lain pada kita. Insyaallah, Allah akan lembutkan hati orang-orang yang pernah kita sakiti untuk memaafkan kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)