Assalamualaikum.. Sejak belakangan ni, Dira selalu moody.. Memang Dira tak tunjuk kat orang lain, tambah-tambah kat best friend Dira, Diana and Najib. Dira saja buat-buat happykan diri.. Okey, hati Dira memang sakit sebab siapa yang tak terasa sebak kena menipu dengan kawan baik sendiri? Dira tak nak diorang tahu yang Dira tengah sedih.. Tapi akhirnya perlahan-lahan Dira luahkan jugak kat diorang..
Diana, Najib, sorry sangat-sangat... Bukan sengaja nak sembunyikan tapi selagi boleh ditanggung rasa beban ni selagi tu aku diam.. Bila sampai tahap aku tak mampu nak tanggung, baru aku luahkan....
Dira memang jenis macam ni.. Dira akan pendam dulu masalah Dira, then lama-lama Dira sendiri akan cerita tapi pada best friend Dira aje lah...
Dah sekian lama Dira bertahan, meluahkan tangisan, akhirnya Dira rasa lega... Lega bila dah cerita semua masalah Dira kat Diana dan Najib, dan Dira dah lega sebab Dira dapat balik 'semangat' Dira yang pernah pergi dari Dira sebelum ni...
Tadi, Dira mesej 'capital A'.. Dira dah luahkan pada dia segala apa yang Dira rasa dan pasal perasaan Dira pada dia yang tak pernah boleh berubah dari mula Dira kawan dengan dia, sampailah sekarang.. Dira terdiam sendiri bila dia ajukan soalan, 'jahat sangat ke saya ni kat awak?' Sungguh, Dira sedih sangat bila baca soalan dia tu.. Dira tak pernah anggap dia macam tu...
Bagi Dira, dia seorang yang baik, yang Allah kirimkan pada Dira untuk ubati kesedihan Dira lepas kecewa dengan seorang abang senior kat sini... Bila ada dia, Dira rasa semangat, dan happy sangat-sangat... Dira ada tanya dia, kenapa dah lama tak mesej Dira... Then dia jawab dia cuma takut yang dia ganggu Dira... Sama macam apa yang Dira fikir masa Dira nak mula contact balik dengan dia..
Kadang-kadang Dira terfikir, betul ke Dira masih tak mampu lupakan perasaan Dira pada dia sebabkan Dira tak beri peluang pada orang lain untuk sayangkan Dira? Entahlah.. Dira tak punya perasaan pun untuk jatuh cinta dengan orang lain.. Setakat suka macam kawan tu, bolehlah.. Dira mungkir janji?
Ya, Dira dah mungkir janji pada diri sendiri dan pada Allah.. Dira tak mampu nak anggap si dia sebagai kawan rapat Dira, tak mampu anggap dia macam kawan-kawan Dira yang lain, tak mampu nak terus pura-pura happy sedangkan hati Dira selalu rindukan dia....
Dira mengaku, kadang-kadang Dira kalah dengan perasaan Dira sendiri... Dira tak kuat nak hadapi semua ni... Kenapa perlu wujud rasa cinta tu kalau cinta tu memang tak pernah ada untuk Dira? Dira tak faham... Dira tak salahkan dia sebab datang pada waktu Dira tengah kecewa dan buatkan Dira jatuh cinta pada dia...
Dear, 'capital A',
Awak, saya nak awak tahu, saya tak pernah salahkan awak.. Saya selalu rasa, awaklah orang yang Allah hantar pada saya supaya buatkan saya gembira dan tak terus jatuh dalam bayang-bayang perasaan saya sendiri.. Segala apa yang awak buat untuk buat saya happy, saya hargai sangat-sangat... Dan sampai sekarang saya masih ingat semua kebaikan awak pada saya..... Terima kasih sangat-sangat... Tak terbalas segala kebaikan awak pada saya.... :')