Wednesday, 19 December 2012

Rindu Abang Bosco

Assalamualaikum.. Hari ni, Dira nak story-morry pasal seseorang.. Bukan yang special tau, tapi Dira pernah admire dia masa sekolah dulu.. Well, biasalah kalau junior admire kat senior kan? Dia ni senior Dira masa kat sekolah dulu... Dira start admire dia masa Form 4 and dia pulak of course laa Form 5 kan? Takkan Form 6 pulak kot sebab kat sekolah Dira tak ada Form 6. Dira minat kat dia sebab perwatakan dia. Dulu, dia pengawas kat sekolah Dira.. (Dah pencen laa kiranya.. Hehehe...) Muka dia, iras-iras Bosco Wong, aktor Hong Kong yang Dira minat gila..
Mula-mula, Dira tak perasan pun muka dia macam Bosco Wong, tapi lepas kawan Dira bagitahu kat Dira, baru Dira perasan. Dan start daripada hari tu lah, Dira gelarkan dia, Abang Bosco.. Hehe... Nama sebenarnya, tak bolehlah Dira bagitahu kat sini, tapi cuma boleh bagitahu nama dia start dengan huruf S. Dira dah lama tak nampak dia.. Dulu ada myspace dia, tapi bila Dira check balik, dia dah tak ada dalam friendlist Dira... Maybe dia dah deactive laman sosial dia kot... Dira ingat lagi, waktu kat sekolah, dia pernahlah jugak panggil nama Dira dengan manjanya... Ya Allah! Rasa macam nak cubit-cubit aje dia tu.... Hehehe.. Tapi, Dira still selamba walaupun dalam hati, berdebarnya....!!!! Dira paling tak tahan bila tengok mata dia... Kadang-kadang bila ter-renung mata dia, rasa macam dah jatuh cinta... Hohoho...
Dia memang nampak sama dengan Bosco Wong.. Bukan sebijik, bukan dua bijik, tapi berbijik-bijik... Eh, tak-tak-tak... Gurau jer... Hehehe... Mata dia, especially bila dia pakai spec, memang nampak lagi handsome.. Kulit dia pulak, hitam manis... Almaklumlah.. aktif masa sekolah kan.. Dira selalulah jugak perhatikan dia bila dia meronda kawasan sekolah (tanggungjawab sebagai pengawas sekolah kan...) Bila terserempak dengan dia, automatik Dira akan cuba tahan senyum, tak nak dia syak apa-apa.
Dia pulak, macam tau-tau aje Dira admire kat dia... Tiap kali terserempak masa dia tengah berjalan dengan kawan-kawan dia or dia tengah meronda, mesti dia panggil nama penuh Dira... Aduiyai, membahang rasanya muka Dira bila dia panggil Dira dengan manjanya.. Kawan-kawan Dira yang tahu Dira minat dia pun apalagi, mengusik ajelah kerjanya..
Hm, harap-harap, satu hari nanti, Dira dapat jumpa dengan Abang Bosco ni.. Bukan apa, nak teruskan berkawan dengan dia... Masa sekolah dulu, tak sempat nak berkawan, apa salahnya kalau jumpa pada masa depan boleh berkawan dengan dia... Siapa tahu, kan?
Okeylah, sampai sini dulu bebelan Dira... Mesti boring kan dengar eh, baca cerita Dira kali ni... Hehehe....

Friday, 14 December 2012

Spongebob Sayang Patrick...


Spongebob sayang Patrick,
tapi Patrick sayang Spongebob ke?

Spongebob rindu Patrick,
tapi Patrick rindu Spongebob ke?

Spongebob selalu teringatkan Patrick,
tapi pernah ke Patrick ingat Spongebob?

Spongebob menangis bila teringat Patrick,
tapi Patrick menangis untuk Spongebob ke?

Ada perkara yang Patrick perlu tahu pasal Spongebob :-

a) Walaupun Patrick tak sayangkan Spongebob, Spongebob tetap sayangkan Patrick..
b) Walaupun Patrick lupakan Spongebob, Spongebob selalu teringat kat Patrick..
c) Walaupun Patrick tinggalkan Spongebob, sekalipun Spongebob takkan berganjak tinggalkan Patrick..
d) Walaupun Patrick buang Spongebob, Patrick tetap sahabat baik Spongebob..


Kenapa Spongebob sanggup jadi bodoh kerana Patrick???
.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana Spongebob Sangat SAYANGkan Patrick...

Monday, 10 December 2012

Kelas

Assalamualaikum.. Hehe, sempat lagi Dira tulis blog walaupun kelas mula pukul 10 nanti... Dah seminggu Dira tak post something kan kat sini. Hari ni, Dira nak cerita pasal jadual kelas Dira yang memang agak membebankan terutamanya hari Isnin... Bukan nak merungut, tapi bukankah elok diteruskan dengan jadual yang lama tu? Hari Isnin biar ada satu kelas aje, tu pun start pukul 6 petang sampai 8 malam... Tak apalah, lama-lama nanti, Dira akan biasa... :)
Nampak macam tak pack sangat kan? Hehe... ;)
Okeylah.. Dira pun dah tak tahu nak komen apa lagi pasal kelas.. Redha ajelah kan, nak buat macam mana... Malam esok, Dira akan ada interview session kat HEP untuk jadi Sekretariat Mahasiswa Fakulti.. Wish me luck ok? ;)

Saturday, 1 December 2012

Sekian Lama

Assalamualaikum.. Ehem-ehem (dah masuk semester baru ni dah batuk-batuk pulak..) Alhamdulillah, Dira dah selamat sampai kat UiTM Kedah tepat jam 8.30 p.m tadi. Dah lama tak jenguk bilik asrama, hari ni, kakiku melangkah masuk ke dalam bilik yang penuh memori indah+gembira...
Mulai esok (2 Disember 2012), Dira akan start belajar untuk semester 4. Alhamdulillah... Kelas pukul 8 pagi..!!! Wah, kena laa semangat sikit kan? In Shaa Allah, lagi 2 semester lagi Dira akan tamatkan pengajian diploma dalam bidang perakaunan ni....
Kali ni, Dira rasa lain macam punya perasaan... Kenapa? Sebab tahun depan Dira dah masuk umur 20-an.! Belajar masa umur awal 20-an rasa macam dalam novel pulak... Ngee~ Bila? Hehe, check ajelah kat FB Dira.. Kat situ diberitahu bila Dira akan menginjak umur dewasa. So, Dira nak kena enjoy masa akhir remaja yang hampir tamat ni. Hehehe... :)
Semoga kali ni, Dira akan lebih bersemangat, tak ada lagi rasa putus asa or kecewa or sedih-sedih.... :))
Sampai sini dulu ya bebelan Dira... dah mengantuk pulak sebab penat kemas-kemas barang tadi... hehehe...^-^

Coretan di blog ini adalah perahan idea Cik Dira